Skip to main content

Selebriti

Talk To My Manager 2: Bella Astillah & Ayden Peserta Ke-11?

Bakar isteri

Sekilas

  • Bella Astillah dan anaknya Ayden muncul di pentas Talk To My Manager 2 sebagai juri jemputan, bukan peserta ke-11.
  • TTMM2 menampilkan barisan pengurus dan artis popular seperti Adira, Dato’ Fazley, Dato’ Sri Vida, dan lain-lain yang bertanding dalam musim kedua.
  • Program ini dikendalikan oleh Aznil Nawawi dan disiarkan setiap Ahad jam 9 malam di Astro Ria serta boleh distrim melalui Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Kehadiran penyanyi, Bella Astillah dan anaknya di pentas Talk To My Manager 2 (TTMM2) mengundang tanda tanya.

Bella dan Ayden membuka pentas dengan menyanyikan lagu Sampai Jumpa nyanyian asal Afgan.

Advertisement

Namun, mereka bukanlah peserta ke-11 sebaliknya Bella Astillah hadir sebagai juri jemputan untuk minggu pertama TTMM2.

Antara barisan pengurus artis yang bertanding untuk musim kedua adalah Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva, Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Malah TTMM2 juga menyaksikan penyertaan Dato’ Sri Vida dan Cik B, Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, serta Safura dan Kim Khairii.  

Advertisement

Program ini dikendalikan oleh pengacara legenda, Aznil Nawawi, bersama barisan juri ternama iaitu Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan ‘pengurus-artis’ dinilai secara keseluruhan dengan pecahan 60 peratus untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.

Saksikan konsert Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria (saluran 104), bersiaran secara langsung dari Auditorium MBSA Shah Alam.

Program ini juga boleh distrim secara On Demand menerusi aplikasi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Must Watch Video

Advertisement