Skip to main content

Filem

Teaser Filem Banduan Raih 1.5 Juta Jumlah Tontonan Dalam Tempoh 24 Jam, Kroll Azry Syukur Karya Dapat Sambutan

BANDUAN RAIH 1.5 JUTA TONTONAN

Pengarah Filem Banduan, Kroll Azry menzahirkan rasa syukur apabila teaser filem arahannya meraih 1.5 Juta jumlah tontonan dalam masa 24 jam sahaja.

Menurutnya, dia tidak menyangka filem tersebut mendapat perhatian dan sokongan penonton terutamanya dari kaum India yang disifatkan sebagai momen yang berharga kerana jarang berlaku dalam filem buatan melayu.

Advertisement

"Alhamudlillah dalam masa 24 jam dapat 1.5 juta dari semua platform media sosial, saya tak sangka masyarakat boleh sokong filem ini.

"Paling menarik ialah saya dapat sokongan dari kedua kaum, Melayu dan India yang bersembang mengenai filem ini di mana ia jarang berlaku. Takdela orang cakap Malaysia ni layan filem orang melayu sahaja," katanya ketika ditemui Gempak.

Kroll berkongsi perkara tersebut itu ketika menghadiri program Makan Malam Bersama Dali di Astro Bukit Jalil pada Jumaat.

Filem Banduan terbitan Astro Shaw dan produksi Number Twenty One Media, bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 6 November ini.

Filem aksi ini diinspirasikan daripada filem pecah panggung India iaitu Kaithi dan dibawah arahan Kroll Azry.

Barisan pelakon utama yang ditampilkan Selain Rosyam ialah Dato Aaron Aziz, Dato Afdlin Shauki, Husyairi Hussain, Fadhli Masoot dan Abi Madyan, menjadikan peminat tidak sabar menantikan tayangannya.

Must-Watch Video

Advertisement