Skip to main content

Berita

Temenggor, Gerik Dilanda Gempa Bumi 3.4 Magnitud

Temenggor, Gerik Dilanda Gempa Bumi 3.4 Magnitud

Sekilas

  • Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 berlaku di Temenggor, Gerik, Perak pada jam 12.06 tengah malam Jumaat.
  • Gempa tersebut berlaku pada kedalaman 10 kilometer dan dirasai di beberapa kawasan sekitar Gerik tanpa laporan kerosakan atau kecederaan.
  • MetMalaysia akan terus memantau situasi dan memberikan maklumat terkini jika ada perkembangan lanjut.
Advertisement

Satu gempa bumi lemah bermagnitud 3.4 dilaporkan melanda kawasan Temenggor di Gerik, Perak pada jam 12.06 tengah malam Jumaat. 

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) berkata, gempa berkenaan berlaku pada kedalaman 10 kilometer dengan lokasi pada koordinat 5.5 darjah Utara dan 101.3 darjah Timur.

Menurut MetMalaysia, pusat gempa bumi itu dikesan kira-kira sembilan kilometer di timur laut Hulu Perak.

Advertisement

Gegaran dilaporkan dapat dirasai di beberapa kawasan sekitar Gerik.

Bagaimanapun, tiada laporan segera mengenai sebarang kerosakan atau kecederaan akibat kejadian tersebut.

MetMalaysia memaklumkan pihaknya akan terus memantau keadaan semasa dan menyalurkan maklumat terkini sekiranya terdapat perkembangan lanjut.

Sumber: Astro AWANI 

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement