Skip to main content

Berita

Terbaharu! Pelajar Kejar Rakan Dengan Pisau Pemotong Kertas Di Sekolah

Astrogempak

Sekilas

  • Tiga pelajar di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dikejar seorang rakan yang bersenjatakan pisau pemotong kertas selepas didakwa dibaling ais berulang kali.
  • Tindakan pantas seorang guru berjaya memujuk suspek melepaskan pisau dan tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian yang dirakam CCTV itu.
  • Suspek berusia 13 tahun sedang menerima rawatan psikiatri dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana ugutan jenayah.

Tiga pelajar berdepan detik cemas apabila didakwa dikejar seorang rakan yang bersenjatakan pisau pemotong kertas di sebuah sekolah menengah di sini, pada petang Khamis.


 

Dalam kejadian kira-kira jam 2.30 petang itu, tindakan suspek berusia 13 tahun itu dipercayai berpunca daripada rasa tidak puas hati apabila dua pelajar lelaki berusia 13 dan 14 tahun didakwa berulang kali membaling ais ke arahnya.


 

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Ahmad Abu Bakar berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Program Penghargaan Kehadiran Murid sedang berlangsung di dewan terbuka sekolah terbabit.


 

“Suspek kemudian mengeluarkan sebilah pisau pemotong kertas yang disimpan di dalam bekas pensil sebelum mengejar salah seorang mangsa sejauh kira-kira 50 meter sehingga ke kawasan surau sekolah.


 

“Dua lagi pelajar lelaki yang berada bersama mangsa turut melarikan diri kerana bimbang menjadi sasaran,” katanya ketika dihubungi pada Jumaat.


 

Beliau berkata, keseluruhan kejadian turut dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) sekolah.


 

Bagaimanapun, tindakan pantas seorang guru yang berjaya memujuk suspek melepaskan pisau berjaya mengelakkan kejadian lebih buruk dan tiada sebarang kecederaan dilaporkan membabitkan pelajar mahupun guru.


 

“Ketiga-tiga mangsa kemudian dibawa semula ke dewan sekolah selepas keadaan berjaya dikawal dan pihak sekolah juga telah menghubungi pihak keluarga suspek untuk ke sekolah sebelum membawa pelajar itu pulang.


 

“Hasil siasatan lanjut mendapati semua pelajar yang terlibat mempunyai rekod salah laku disiplin sejak awal tahun ini,” tambahnya.


 

Tambah beliau, suspek juga dilaporkan sedang menerima rawatan di Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Melaka, dengan sesi rawatan terakhir direkodkan pada 3 Jun lalu, manakala pihak sekolah sedia maklum mengenai keadaan pelajar berkenaan.


 

Menurutnya, laporan polis dibuat oleh seorang guru di Balai Polis Durian Tunggal pada malam Khamis dan kes disiasat mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan kerana melakukan ugutan jenayah.


 

Isnin lalu media melaporkan seorang pelajar perempuan tingkatan tiga sebuah sekolah menengah di Banting, Selangor cedera selepas dipercayai ditikam sebanyak 16 kali menggunakan pisau oleh rakan sekolahnya di kantin ketika waktu rehat.


 

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.30 pagi itu, mangsa mengalami kecederaan di beberapa bahagian badan termasuk paru-paru dan kini menerima rawatan di hospital, manakala suspek direman selama empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan.


 

Sumber: Astro AWANI

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Must Watch Video

Advertisement