Skip to main content

Selebriti

Terima Komen 'Semoga Arwah Bapa Tenang', Isyariana Terkilan Netizen Salah Faham - "Jangan La Main Komen Sahaja Tanpa Baca Kapsyen"

Astrogempak

Sekilas

  • Pelakon Isyariana kecewa selepas menerima komen salah faham netizen mengenai ayahnya yang masih hidup.
  • Dia menegaskan tidak pernah memuat naik gambar ayah kandungnya sebelum ini dan meminta netizen baca kapsyen sebelum komen.
  • Isyariana berkongsi dia berpisah dengan ayah sejak umur 11 tahun dan jarang berjumpa, menyebabkan hatinya tersentuh setiap kali bertemu.

Pelakon, Isyariana meluahkan rasa terkilan selepas menerima komen dari netizen mengenai ayahnya.

Menurutnya, dia tidak pernah memuat naik foto bersama ayahnya sebelum ini, namun kecewa ada segelintir netizen yang salah faham tentang perkongsiannya sebelum ini.

"Weh ape benda ni! Aku tak pernah post gambar abah kandung aku. Tapi bila sekali post, orang salah faham. 'Semoga arwah tenang' apa benda weh? Sedih tau. Bapa aku hidup lagi, doakan dia sihat je," tulisnya.

Isyariana turut memohon agar netizen membaca kapsyen terlebih dahulu sebelum meninggalkan sebarang komen.

"Jangan la main komen sahaja tanpa baca kapsyen. Kalau aku komen kat gambar bapa korang yang masih hidup, 'semoga arwah tenang kat sana', korang sakit hati tak?," ujarnya.

Dalam sebuah hantaran yang berlainan, Isyariana turut berkongsi bahawa dia dan ayahnya telah berpisah sejak usianya 11 tahun.

Sehubungan itu, setiap kali mereka bertemu, dia amat tersentuh hati.

"Abah aku hidup lagi tapi dia tak duduk dengan aku. Aku berpisah dengan abah aku sejak umur 11 tahun. Aku jarang jumpa dia. Setiap kali jumpa, hati aku akan remuk," katanya.

Anda mungkin berminat dengan

Ceramic Plate

Ceramic Plate

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

MILK Baby Diaper Yoga Pants Bundle - M336/L288/XL240/XXL192 (8 Packs)

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Chef Zam NASI LEMAK FREE SAMBAL150GRAM READY TO EAT travel KEMBARA instant rice PAKET

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement