Skip to main content

Selebriti

Terima Panggilan Tanpa Bunyi Setiap Hari, Aaron Aziz Nasihat Orang Ramai Berhati-Hati Dengan Scammer - "Kalau Dapat, Jangan Cakap Apa-Apa"

Aaron Aziz scammeru senyap

Sekilas

  • Aaron Aziz mengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan panggilan scam tanpa bunyi yang digunakan untuk merakam suara mangsa bagi tujuan penipuan AI.
  • Pelakon itu menasihatkan supaya tidak bersuara jika menerima panggilan mencurigakan dan mencadangkan buat suara lain jika terpaksa bercakap.
  • Aaron sendiri sering menerima panggilan seperti itu dan pernah menjadi mangsa penipuan menggunakan suara dan gambar melalui teknologi AI.

Pelakon, Aaron Aziz mmengingatkan orang ramai supaya berhati-hati dengan taktik scammer yang membuat panggilan tanpa bunyi.

Menerusi perkongsian di Instagram, Aaron atau nama sebenar Aaron Mustapha Aziz berkata scammer akan cuba merakam suara mangsa untuk digunakan sebagai suara AI bagi menipu orang lain.

Dia menasihatkan orang ramai supaya jangan bersuara langsung jika menerima panggilan mencurigakan.

"Saya cuma nak bagi peringatan pada kalian mengenai operasi terbaharu scammer. Kalau ada dapat mana-mana panggilan tetapi tiada bunyi, jangan cakap apa-apa. Dah keluar berita yang diorang akan curi suara korang dan guna suara korang untuk scam menggunakan AI. Sila berhati-hati," katanya.

Pelakon yang terkenal menerusi filem Banduan itu turut berkongsi bahawa dia sendiri menerima panggilan seperti itu hampir setiap hari.

"Kalau ada panggilan yang tak dikenali, buat suara yang lain sikit. Hari-hari saya dapat panggilan seperti itu," ujarnya.

Terdahulu, Aaron pernah menjadi mangsa penipuan termasuk membabitkan sindiket pengurusan Tabung Haji dengan kerugian lebih RM140,000.

Malah, ada individu tidak bertanggungjawab turut menggunakan suara dan fotonya menerusi teknologi kecerdasan buatan (AI) untuk tujuan penipuan, sekali gus memberi kesan kepada dirinya dan keluarga.

Must-Watch Video

Advertisement