Skip to main content

Selebriti

Terlupa Anak Dalam Kereta, Dayana Roza Mohon Jangan Hukum Ibu Sepenuhnya

Dayana Roza

Sekilas

  • Pelakon Dayana Roza berkongsi pandangan agar orang ramai tidak terus menyalahkan ibu yang terlupa anaknya di dalam kereta tanpa mengetahui keadaan sebenar.
  • Dayana menyatakan kemungkinan ibu tersebut mengalami fenomena 'baby blues' atau tekanan lain yang menyebabkan kejadian itu berlaku.
  • Kes seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun meninggal dunia selepas ditinggalkan dalam kereta dilaporkan baru-baru ini, mengundang simpati dan doa daripada masyarakat.

Pelakon, Dayana Roza berkongsi pendapat susulan kes seorang ibu yang terlupa anaknya di dalam kereta, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Threads, Dayana memohon agar orang ramai tidak meletakkan kesalahan sepenuhnya atau menilai ibu mangsa tersebut tanpa mengetahui keadaan  yang sebenar.

Aktres drama Satu Cinta itu berkata bahawa ibu mangsa tersebut kemungkinan mengalami fenomena 'baby blues' atau masalah hidup yang lain.

"Saya tak salahkan 100 peratus pada ibu sebab anak dia baru berumur 2 tahun. Kita tak boleh sesenang itu nak nilai orang. Tiada ibu yang tak ingat anaknya.

"Mungkin ibu itu pernah melalui 'mild post partum depression' atau 'baby blues' tetapi tak sedar dan tak dapat rawatan. Mungkin pagi itu bergaduh dengan suami atau stress dengan kerja, kita tak tahu," ujarnya.

Katanya lagi, meskipun perkara tersebut kedengaran tidak logik, tiada ibu yang tidak mengingati anak sendiri dan kemungkinan itu hanyalah asbab kematian anaknya untuk kembali ke pangkuan tuhan.

"Memang kita fikir tak logik tapi itu asbab kematian untuk anak itu Kembali ke Allah. Doa yang baik-baik lebih baik,"ujarnya.

Terdahulu, seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun dilaporkan meninggal dunia selepas dipercayai ditinggalkan di dalam sebuah kereta pada Selasa lepas.

Mangsa ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam kereta selepas dipercayai ditinggalkan ibunya yang terlupa menghantarnya ke rumah pengasuh sekitar pukul 8 pagi.

Topik Berkaitan

Must-Watch Video

Advertisement