Skip to main content

Berita

Tular Lelaki Mengamuk Di Persimpangan Lampu Isyarat

Astrogempak GADUH

Sekilas

  • Seorang lelaki menyerang pemandu kereta di persimpangan lampu isyarat Lebuh AMJ berhampiran Kandang, Melaka, yang tular di media sosial.
  • Insiden dipercayai berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati ketika menggunakan jalan raya, dan kedua-dua pihak telah dipanggil untuk dirakam keterangan.
  • Kedua-dua individu telah berdamai serta berjanji untuk lebih berhati-hati dan mengawal emosi di jalan raya pada masa hadapan.

Tindakan seorang lelaki menyerang pemandu sebuah kereta di persimpangan lampu isyarat Lebuh Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) berhampiran Kandang sehingga tular di media sosial menggemparkan pengguna jalan raya.

Dalam rakaman video berdurasi kira-kira seminit itu, suspek yang memandu sebuah Proton Saga dilihat memberhentikan kenderaannya secara mengejut sebelum berjalan menuju ke sebuah kereta yang sedang berhenti di persimpangan berkenaan.

Lelaki terbabit kemudian beberapa kali menumbuk cermin tingkap sebelah kiri kereta itu sebelum membuka pintunya dan bertindak memukul serta menendang pemandu berkenaan di hadapan pengguna jalan raya yang melalui lokasi kejadian.

Keadaan yang semakin tegang menyebabkan seorang wanita yang dipercayai isteri suspek bergegas mendapatkan lelaki itu sambil mendukung seorang bayi bagi menenangkan keadaan dan menghalangnya daripada terus bertindak agresif.

Bagaimanapun, suspek yang masih dipercayai berang sekali lagi menghampiri mangsa sebelum memarahinya.

Rakaman kejadian dipercayai dibuat oleh seorang pengguna jalan raya yang berada di belakang sebelum dimuat naik ke media sosial dan mengundang kecaman orang ramai terhadap tindakan ganas suspek.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Superintendan Halim Abas dilaporkan berkata, siasatan awal mendapati insiden yang berlaku kira-kira jam 6.20 petang semalam dipercayai berpunca daripada salah faham dan rasa tidak puas hati ketika menggunakan jalan raya.

Beliau berkata, kedua-dua individu yang terbabit sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.

"Pengadu dan suspek mencapai persefahaman serta berdamai secara baik.

"Kedua-dua pihak juga menyatakan mereka tidak berhasrat untuk memanjangkan perkara itu dan memilih untuk menyelesaikannya secara aman.

"Kedua-dua pihak turut menzahirkan kekesalan atas kejadian berkenaan dan berjanji untuk lebih berhati-hati serta mengawal emosi ketika berada di jalan raya pada masa hadapan," katanya dalam satu kenyataan pada Khamis. 

Sumber: Astro AWANI 

 


 

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Must Watch Video

Advertisement