Skip to main content

Berita

Tular Orang Ramai Desak Bawa Pulang Tiga Gajah, Pihak Zoo Kongsi Keadaan Terkini - "Kami Sedang Berusaha, Sedar Masih Banyak Kekurangan"

Astrogempak

Sekilas

  • Zoo Tennoji di Osaka mempamerkan tiga gajah Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat, yang dikatakan hidup dalam keadaan baik di bawah jagaan mereka sejak dipindahkan pada 11 Mac lalu.
  • Kelat, gajah jantan berusia 20 tahun, digambarkan tegas tetapi manja, dan zoo menyediakan rumah khas untuk gajah jantan yang biasanya hidup bersendirian.
  • Pihak zoo masih belajar penjagaan gajah dari kakitangan Malaysia dan berharap mendapat sokongan berterusan untuk kehidupan baru gajah-gajah ini.

Zoo Tennoji di Osaka, Jepun tampil mempamerkan siri foto tiga gajah dari Malaysia, Dara, Amoi dan Kelat (DAK) yang didakwa hidup dalam keadaan baik di bawah jagaan mereka.

Hantaran dalam bahasa Jepun itu dibuat di laman web tennojizoo.jp pada Ahad lepas ketika kebimbangan rakyat Malaysia semakin memuncak terhadap keadaan ketiga-tiga gajah terbabit yang dipindahkan dari Zoo Taiping & Night Safari ke zoo berkenaan pada 11 Mac lalu.

Zoo tersebut memperkenalkan DAK kepada pengunjung selepas ia mula dipamerkan kepada umum sejak 21 April.

Menurut pihak zoo, Kelat berusia 20 tahun digambarkan sebagai gajah yang tegas tetapi manja serta gemar bersama dua gajah betina lain walaupun kebiasaannya gajah jantan seusianya hidup bersendirian.

“Sepanjang sebulan lalu, Kelat dilihat sebagai gajah yang tegas, namun pada masa sama sedikit manja seperti kanak-kanak.

"Difahamkan, gajah Asia jantan pada usia sebegini kebiasaannya hidup bersendirian dan tidak berada dalam kumpulan. Justeru, di kandang gajah Zoo Tennoji, kami mempunyai sebuah rumah gajah khas yang membolehkan gajah jantan tinggal secara bersendirian," katanya.

Dalam hantaran sama, pihak zoo memaklumkan mereka masih belajar mengenai penjagaan gajah daripada kakitangan Malaysia yang mempunyai pengalaman luas mengendalikan haiwan itu.

Zoo Tennoji turut menyatakan rasa kagum dengan tahap kemahiran tinggi kakitangan Malaysia yang telah bekerja dengan gajah selama bertahun-tahun.

"Pasukan gajah baharu kami juga sedang bekerja keras untuk menyesuaikan diri dengan pergerakan gajah yang sangat aktif. Kami sedar masih banyak kekurangan yang perlu diperbaiki.

"Namun begitu, kami berharap anda semua akan terus menyokong kehidupan baharu kami bersama gajah-gajah ini dalam jangka panjang, dan kami akan terus berusaha agar anda dapat merasai komitmen tersebut," kongsi hantaran itu.

Media sebelum ini melaporkan Kementerian Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) menggesa Zoo Taiping & Night Safari (ZTNS) segera memulakan rundingan dengan Tennoji Zoo Osaka (ZTO) bagi menilai mekanisme membawa pulang tiga gajah Asia itu.

Sumber: Sinar Harian



 

Anda mungkin berminat dengan

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Interactive octopus plush dog toy with snack dispenser

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

Abraca Dabra Super Soft Earth Tone Colour Series Microfibre Pillowcase (20" X 30"/1 Pc)

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

HABIB 999 24K Yellow Gold Pendant (Butterfly) 9GP008

Ceramic Plate

Ceramic Plate

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

ZANZEA Women's Retro Casual Plaid Set - V-neck, Lantern Sleeves, Elastic Waist

Must-Watch Video

Advertisement