Skip to main content

Berita

Tular Pukul Isteri Hingga Keguguran, Lelaki Ditahan Polis

IMG 2318

Sekilas

  • Polis berjaya menahan suspek berusia 43 tahun yang dipercayai memukul isterinya sehingga menyebabkan keguguran di Ambangan Heights minggu lepas.
  • Suspek akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani untuk permohonan reman mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan bagi membantu siasatan.
  • Suspek juga dikaitkan dengan kes lama di Johor yang melibatkan penderaan terhadap isteri lain sehingga koma.
Advertisement

Polis berjaya menahan suspek yang dipercayai memukul isterinya sehingga mengalami keguguran di Ambangan Heights dekat sini dalam kejadian minggu lepas di sekitar bandar raya itu hari ini.

Ketua Polis Kedah Datuk Adzli Abu Shah berkata suspek yang berusia 43 tahun akan dibawa ke Mahkamah Sungai Petani esok untuk permohonan perintah reman bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Advertisement

“Satu sidang media berkaitan penahanan suspek akan dibuat esok di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah,” katanya kepada media.

Terdahulu, tular di media sosial seorang penjawat awam berusia 39 tahun cedera dipercayai dipukul suaminya sehingga kandungannya gugur selain turut mengalami kecederaan pada tangan, patah jari kiri dan lebam pada muka.

Lelaki itu juga didakwa melarikan barang kemas dan wang simpanan isterinya di bank berjumlah hampir RM50,000.

Advertisement

Suspek dikatakan lelaki sama yang dicari polis Johor sebelum ini bagi membantu siasatan kes Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana memukul isterinya Jahidah Nordin sehingga koma pada 2021.

Jahidah yang sebelum ini juga bekerja sebagai penjawat awam kini dilaporkan hanya terbaring kaku dan bergantung pada susu yang diberi melalui tiub.


 

Sumber: Bernama

Anda mungkin berminat dengan

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement