Skip to main content

Antarabangsa

Usahawan Dipenjara 57 Hari, Serbuk Garam Disangka Dadah

Astro Gempak dadah (1)

Sekilas

  • Seorang usahawan di India dipenjara selama 57 hari selepas perisa masakan yang dibawanya disangka dadah oleh pihak berkuasa lapangan terbang.
  • Setelah disiasat dan disahkan sebagai perisa masakan, lelaki itu dibebaskan dan menerima pampasan sebanyak RM41,420 daripada mahkamah.
  • Kes ini dianggap melanggar hak asasi manusia kerana tiada peluang diberi untuk membuktikan dirinya tidak bersalah sebelum penahanan.

Seorang usahawan terpaksa merengkok di penjara 57 hari selepas pihak berkuasa di penerbangan domestik di sebuah lapangan terbang di India tersalah sangka perisa masakan yang dibawa sebagai dadah.

Lelaki yang dalam perjalanan ke Malaysia menerusi Delhi itu kemudian dibebaskan dengan bayaran pampasan sebanyak RM41, 420 selepas didapati tidak bersalah, lapor The Independent.

Ironi, lelaki yang ditahan di bawah unit Narcotics Drugs and Psychotropic Substances Act bukan membawa dadah. Sebaliknya dia membawa perisa jenis garam masala dan perencah beraroma yang dikesan sebagai dadah oleh mesin pengimbas.

‘Dadah’ yang dirampas telah dibawa untuk diperiksa di makmal sebelum ‘dibawa pulang’ sebagai bahan perisa masakan selepas 10 hari. Bagaimanapun pada waktu sama, lelaki tersebut telah dipenjara selama 57 hari tanpa mendapat peluang membuktikan dirinya tidak bersalah.

Kes yang berlaku pada bulan lalu disifatkan mahkamah sebagai telah melanggar hak asasi manusia.

“Sewaktu kes ini disiasat dengan dihantar ke makmal untuk tujuan forensik, tiada penjelasan diberi sebelum ia didapati hanya serbuk perisa masakan. Bagaimanapun mangsa telah dipenjara selama 57 hari dan menderita atas kesalahan yang tidak dilakukan,” ujar dokumen mahkamah.

Bagaimanapun pihak kastam mendakwa mesin pengimbas yang diperbuat dari Kanada itu tidak mampu membezakan bau atau aroma perosa masakan India sehingga membuat kesilapan.

Mahkamah mengarahkan pembayaran pampasan sebanyak RM41, 420 dalam tempoh tiga bulan dan melepaskan usahawan tersebut untuk mengambil tindakan undang-undang sivil terhadap kes yang menimpa dirinya.

Anda mungkin berminat dengan

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

Must Watch Video

Advertisement