Skip to main content

Berita

Video Tun Dr Hasmah Cerita Kisah Jam Tangan Raih Perhatian, Rupanya Ada Cerita Istimewa Di Sebaliknya

Video Tun Dr Hasmah Cerita Kisah Jam Tangan Raih Perhatian, Rupanya Ada Cerita Istimewa Di Sebaliknya

Sekilas

  • Wahida Hussain berkongsi video Tun Dr. Hasmah bercerita tentang jam tangan Bvlgari Tubogas yang sering dipakainya, hadiah daripada Almarhum Sultan Johor.
  • Almarhum Sultan Johor meminta Tengku Mahkota Johor ketika itu mengambil jam tersebut dari Bvlgari Singapura dan menyerahkannya kepada Tun Dr. Hasmah dengan menaiki motosikal.
  • Video itu mengimbau kenangan dan keperibadian Allahyarhamah yang meninggal dunia pada usia 100 tahun, meninggalkan kesan mendalam kepada rakyat Malaysia.
Advertisement

Seorang pengguna media sosial, Wahida Hussain berkongsi semula sebuah video memaparkan YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali bercerita mengenai seutas jam tangan yang sering dipakainya.

Menerusi Threads, Wahida berkata jam tangan berjenama Bvlgari Tubogas itu merupakan pemberian Almarhum Sultan Johor kepada Allahyarhamah.

Menurut perkongsian tersebut, Almarhum Sultan Johor dikatakan meminta Tengku Mahkota Johor ketika itu, yang kini merupakan Sultan Johor, mengambil jam berkenaan dari Bvlgari Singapura sebelum menyerahkannya kepada Tun Dr. Hasmah.

“Kalau korang perasan, jam tangan yang selalu dipakai oleh Tun Hasmah, jam itu jenama Bvlgari Tubogas pemberian daripada Almarhum Sultan Johor.

“The best part pasal cerita ini, Almarhum suruh Tengku Mahkota Johor ketika itu ambil jam itu dari Bvlgari Singapore dan handover kepada Tun Hasmah.

“Tengku Mahkota Johor picked up dan hantar guna motor,” tulisnya.

Wahida turut mengakui tersentuh mendengar kembali suara lembut Allahyarhamah menerusi rakaman berkenaan.

“Lembut suara dia,” katanya.

dgd



Menerusi video sama, Tun Dr. Hasmah turut mengimbas kembali pertemuannya bersama Sultan Johor selain menceritakan semula kisah di sebalik jam tangan berkenaan.

Perkongsian tersebut mengundang rasa sayu terutama dalam kalangan mereka yang merindui suara serta keperibadian Allahyarhamah.

YABhg. Tun Dr. Hasmah binti Mohamad Ali meninggal dunia pada usia 100 tahun pada 16 Rabiulakhir 1448H.

Pemergian Allahyarhamah meninggalkan kesan mendalam buat rakyat yang mengenang jasa, keperibadian serta sumbangannya sepanjang hayat.

Advertisement

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

[READY STOCK] 7PCS Cotton Panties Women Antibacterial Mid Waist Underwear Seluar Dalam Wanita Ladies Breathable Briefs

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

1258 LATIFF Safety Shoes Kasut Kerja Anti Slip Anti Smash Protective Steel Lightweight Kasut Lelaki Toe Cap

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

Emas Jaguar (7.02g)Gold PlatedGelang Tangan Bracelet Paperclip 0.5 Love Gemuk 24K Gold Plated Jewellery (22460501-1LG)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

GJ Jewellery Emas Bangkok Emas Korea 24K Gold Plated Necklace Rantai Gila-Gila 0.2 50CM (456500201)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

【READY STOCK AT Johor】 Hotgirl⭐Women's casual wide leg pants loose pants straight trousers(SIZE: S-3XL)

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Everlast Unisex Adults Barrel Bag (Black/White) - Sports Direct One Size

Must Watch Video

Advertisement