Skip to main content

Antarabangsa

Wanita Dicampak Keluar Selepas Diperkosa Bergilir-Gilir Dalam Bas

Astrogempak BAS

Sekilas

  • Seorang wanita di India menjadi mangsa serangan seksual bergilir-gilir oleh pemandu dan konduktor bas selepas dihampiri di perhentian bas.
  • Suspek telah diberkas dan siasatan lanjut sedang dijalankan termasuk pengumpulan bukti dari bas yang tidak mengikut spesifikasi keselamatan.
  • Identiti mangsa dirahsiakan untuk melindungi privasinya dalam kes yang menggemparkan ini.
Advertisement

Seorang wanita menjadi mangsa kerakusan nafsu pemandu dan konduktor bas dalam kejadian serangan seksual terbaharu yang menggemparkan India.

Pihak berkuasa pada Khamis memaklumkan mereka menerima aduan mangsa yang diperkosa bergilir-gilir ketika kejadian pada akhir minggu lalu.

Advertisement

"Siasatan lanjut telah dilancarkan memandangkan kedua-dua pelaku telah diberkas.

"Ketika insiden itu, mangsa baru pulang dari kerja di kilang. Dia dihampiri salah seorang suspek berhampiran perhentian bas di Saraswati Vihar yang berpura-pura bertanyakan tentang masa waktu itu.

"Pelaku kemudiannya mengheret mangsa ke dalam bas dan mencampaknya keluar selepas dirogol," kata jurucakap polis di New Delhi.

Pihak berkuasa turut mengumpulkan bukti di dalam bas tersebut yang bercermin gelap tidak mengikut spesifikasi ditetapkan selain tidak mempunyai pintu kecemasan.

Identiti mangsa tidak didedahkan untuk melindunginya.

Sumber: Sinar Harian 

Anda mungkin berminat dengan

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

Must Watch Video

Advertisement