Skip to main content

Berita

Wartawan Sukan Dipukul & Ditembak Sampai Mati

Wartawan sukan dibunuh

Sekilas

  • Mayat wartawan sukan Itali, Luigi Esposito, ditemui di sebuah ladang terpencil dengan kesan tembakan dan kecederaan akibat dipukul serta dibakar.
  • Rakaman CCTV menunjukkan Esposito dibawa ke lokasi oleh individu tidak dikenali sebelum mayatnya ditemui oleh bomba yang memadam kebakaran di ladang tersebut.
  • Esposito berusia 53 tahun dan dikenali melalui platform TuttoSalernitana.com serta beberapa agensi lain dalam bidang sukan dan televisyen.
Advertisement

Mayat seorang wartawan sukan di Itali, Luigi Esposito, ditemui di sebuah ladang terpencil dengan beberapa kelongsong peluru turut ditemui berhampiran tempat kejadian.

Rakaman CCTV memaparkan Esposito telah dibawa ke sana oleh individu tidak kenali dengan mayatnya mempunyai kesan jelas akibat tembakan malah dipukul di bahagian muka, rusuk dan pelvisnya dalam keadaan dibakar.

Advertisement

Mayat wartawan berusia 53 tahun itu ditemui selepas bomba berusaha memadam kebakaran di sebuah ladang yang terletak di sebuah wilayah Naples.

Kenderaannya ditemui ladang bersebelahan lalu memudahkan pengecaman ke atas mayatnya dengan pihak berkuasa percaya dia tiba secara sukarela.

Esposito dikenali di platform TuttoSalernitana.com, selain membuat kemunculan di kaca televisyen dan turut berkhidmat di beberapa agensi yang lain. 

Advertisement

Anda mungkin berminat dengan

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

TOYO-G Brake & Parts Cleaner Spray (300ml)

12pcs Car Detailing Brush Kit Wire bristles Wheel Rims Clean Brush Set Sponge Accessories Parts Wash gloves Clean Tool Tire Brush 汽车细节刷

12pcs Car Detailing Brush Kit Wire bristles Wheel Rims Clean Brush Set Sponge Accessories Parts Wash gloves Clean Tool Tire Brush 汽车细节刷

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

Touch 'n Go RFID Self-Fitment DIY Tag

MINYAK RANTAI JAPAN RK TAKASAGO CHAIN LUBE CHAIN CLEANER CHAIN BRUSH SPRAY RANTAI

MINYAK RANTAI JAPAN RK TAKASAGO CHAIN LUBE CHAIN CLEANER CHAIN BRUSH SPRAY RANTAI

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

Number Plate Kereta 2D Auto Car Plate (Tulisan Tanam) Nombor Plat Kereta 车牌 No Flat JPJ Pass Font Silver / White Custom

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Baseus Quick Charge 3.0 4.0 Car Charger AFC SCP for Xiaomi Huawei (45W)

Must Watch Video

Advertisement