Sekilas
- Sharifah Rose kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup terutama apabila usia semakin meningkat.
- Dia menegaskan pentingnya menilai pasangan terlebih dahulu sebelum berkahwin susulan peningkatan kes penceraian masa kini.
- Rose tidak mahu mengalami pengalaman pahit yang sama kerana pasangan juga memainkan peranan penting sebagai suami dan ayah dalam keluarga.
Pelakon, Sharifah Rose mengakui dirinya kini lebih berhati-hati dalam memilih pasangan hidup terutama apabila usia semakin meningkat.
Menurut aktres Doa Yang Terlindung itu, setiap individu perlu menilai pasangan terlebih dahulu sebelum berkahwin susulan peningkatan kes penceraian masa kini.
"Saya pun dah nak berusia 30 tahun. Saya pernah melalui fasa dalam hubungan sebelum ini. Bila dah berpengalaman, saya rasa lebih baik 'scan' dulu lelaki sebab zaman sekarang pun banyak kes cerai," katanya kepada Gempak.
Rose ditemui pada pelancaran Ramadan Raya 2026: Jwanjih Drama! di TGV Cinema, Suria KLCC, pada Rabu.
Tambahnya, dia tidak mahu melalui perkara sama kerana pasangan memainkan peranan penting sebagai suami dan ayah dalam keluarga.
"Hari-hari saya dengar kes itu ini. Saya tak mahu jadi kes seperti itu. Kita kena lebih berhati-hati dalam memilih pasangan kerana pasangan kita juga bakal menjadi seorang ayah kepada anak-anak," ujarnya.