Big Stage S4
Nyanyian Lemau & Bosan? Tuah Adzmi Kecewa Tersingkir! - "Saya Faham Apa Tokti Sampaikan, Mungkin..."
Tersingkir pada minggu keempat, bintang Big Stage 2022 Tuah Adzmi akui agak kecewa kerana tidak dapat bersama rakan-rakannya yang lain ke final.
Menurut Tuah, kalau diikutkan dia mahu kesemua peserta atau bintang Big Stage 2022 mara ke final.
"Tuah agak kecewa sebenarnya sebab kalau boleh nak dengan rakan lain. Kalau boleh semua ke final.
"Lagu Malam Semakin Dingin ini memang mencabar, sebab sebelum Afiq Syazwan dan Tajul keluarkan lagu ni, label ada tanya if Tuah nak nyanyikan balik.
"Tapi Tuah tak berani kerana bagi tuah lagu ni mencabar. Jadi minggu ini Tuah nak cabar bawa lagu yang sebelum ni Tuah rasa susah nak bawa," katanya.
Ditanya mengenai komen juri yang menganggap persembahannya agak 'lemau' dan terlalu santai, Tuah akui cara pembawakannya mungkin salah.
"Bagi Tuah mencabar, tapi saya faham Tokti (Datuk Seri Siti Nurhaliza) sampaikan. Mungkin cara pembawakan Tuah salah, lagu tu tak nampak dekat mana cabarannya. Saya kena perbaiki," katanya.
Tuah berkata demikian pada sidang media usai konsert Big Stage minggu keenam, semalam.
Sekadar info, Tuah Adzmi menjadi bintang Big Stage 2022 ketiga yang tersingkir pada konsert minggu keempat yang bersiaran secara langsung pada Ahad.
Tuah mendapat markah sebanyak 62.6% gagal meneruskan perjuangan pada minggu ketiga yang dijadualkan berlangsung pada minggu hadapan.
Tuah yang menyanyikan lagu Malam Semakin Dingin gagal memuaskan hati juri.
BACA: Big Stage 2022: Tuah Adzmi Tersingkir, Syafinaz Komen; "Nyanyian Awak Tak Best!"
Must-Watch Video