Skip to main content

Bront Palarae Sifatkan Bayaran Tidak Setimpal Sebagai Penghinaan Kepada Pelakon - "Mereka Wajib Tahu Untuk Menilai Bakat Seseorang..."

Astro Gempak 290

Sekilas

  • Bront Palarae mengkritik bayaran rendah yang diterima sesetengah pelakon sebagai penghinaan terutama kepada pelakon veteran.
  • Beliau menegaskan penerbit perlu membuat perancangan kewangan yang teliti untuk mengelakkan isu bayaran tidak setimpal berlaku.
  • Bront akan membintangi filem aksi TARUNG: Unforgiven yang akan ditayangkan di pawagam mulai 7 Mei 2026.
Advertisement

Pelakon popular Bront Palarae menyifatkan bayaran rendah dan tidak setimpal yang diterima sesetengah pelakon sebagai satu bentuk penghinaan terhadap golongan anak seni.

Menurut Bront, individu yang terlibat dalam industri kreatif seharusnya tahu menilai bakat seseorang pelakon berdasarkan hasil kerja yang telah dihasilkan sebelum ini.

Advertisement

“Mereka yang terbabit dalam bidang ini sebenarnya wajib tahu untuk menilai bakat seseorang itu dengan melihat hasil kerja yang lepas.

“Bagi saya, bayaran rendah itu sememangnya satu penghinaan, terutama sekali yang sering menimpa pelakon-pelakon veteran,” katanya.

Bront berkata demikian ketika ditemui pada majlis memperkenalkan barisan pelakon utama filem TARUNG: Unforgiven yang berlangsung di Malaysia International Trade and Exhibition Centre (MITEC) pada Sabtu.

Menurut Bront, isu tersebut juga boleh berlaku sekiranya seseorang penerbit tidak membuat perancangan kewangan yang teliti ketika menghasilkan sesebuah naskhah.

“Biasanya seseorang yang bergelar penerbit itu tahu keperluan seperti jumlah wang yang diperlukan untuk perbelanjaan menerbitkan sebuah naskhah.

“Jadi, itu juga adalah salah satu punca yang boleh menyebabkan isu ini berlaku sehingga ada pelakon yang dibayar rendah dan tidak berbaloi,” ujarnya.

Terdahulu, seorang dramatis senior mendedahkan diaju tawaran membintangi drama di Kuala Kangsar, Perak selama lima hari dengan bayaran RM500 membabitkan 38 babak.

Menerusi perkembangan lain, Bront bakal tampil dalam filem aksi TARUNG: Unforgiven yang dijadualkan menemui penonton di pawagam seluruh negara bermula 7 Mei 2026.

Selain Bront, filem arahan Razaisyam Rashid itu bakal menampilkan gandingan pelakon popular seperti Aedy Ashraf, Zul Ariffin, Mierul Aiman, Amir Ahnaf, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Ubai Amir, Sky Iskandar, Ikmal Amry, Aeril Zafrel dan Theebaan G.

TARUNG: Unforgiven mengisahkan bekas juara silat yang diburu dosa silam selepas berlakunya satu tragedi. Dia terpaksa bertarung di gelanggang haram demi menyelamatkan kakaknya, tanpa menyedari lawan yang menanti ialah orang terdekatnya satu ketika dahulu.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

ready stock Hojo Highlighter 3 Colors Waterproof Long Lasting with Makeup NO.8029

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

TIMAGE 3-Color Concealer Cream Covers Blemishes Acne Dark Circles

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

SHEGLAM Buttery Bliss Face Blush Stick

Must Watch Video

Advertisement