,
Covid-19

“Kita Tahan Rindu Nak Jumpa Anak Sebab Kuarantin, Yang Pakai Gelang Pink Seronok Jalan-Jalan” – Fatin Afeefa

Fiza Kamarudin
04/08/2020
03:46 MYT
Pelakon Fatin Afeefa meluahkan rasa kesalnya terhadap segelintir individu yang ingkar arahan selepas diarahkan menjalani kuarantin di rumah selepas pulang dari luar negara.
Fatin Afeefa berkata, tidak keterlalun jika dia melabel golongan tersebut sebagai memetingkan diri sendiri serta tidak bertanggung jawab.
“Saya kecewa selepas membaca tentang ‘geng gelang pink’ yang langgar arahan kuarantin. Jangan susahkan orang lain sebab anda golongan ‘high risk’. “Kuarantin memang tak seronok, saya sendiri dah lalui pengalaman itu. Tapi apa kan daya, saya tak boleh selfish dan pentingkan diri sendiri.
“Saya tahan rindu nak jumpa anak. Saya akui tertekan semasa menjalani kuarantin tetapi takkan saya nak heret anak saya sekali kalau saya positif Covid-19 ketika itu?
“Iya, kita baru pulang dari luar negara, biarpun masa tu belum ada arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), tapi faham-faham sendirilah,” katanya.
Fatin Afeefa ditemui ketika dilantik sebagai duta selipar jenama Havaianas dari Brazil bersama pelakon Nelydia Senrose, di Kuala Lumpur baru-baru ini. Dilantik sebagai duta sejak Mac lalu, Fatin Afeefa dan Nelydia diterbangkan ke Brazil untuk menjalani penggambaran selama lima hari.
Mereka kembali ke tanah air empat hari sebelum PKP dilaksanakan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Berita

Mpox: “Masyarakat Juga Harus Bertindak, Tak Boleh Harapkan Kerajaan Sahaja,” - Pakar Epidemiologi

gempak
28/08/2024
11:55 MYT
Meskipun penularan Kes Mpox di Malaysia belum mencapai tahap serius, namun masyarakat Malaysia harus mengambil langkah berjaga-jaga demi keselamatan bersama.
Hiburan

Fatin Afeefa Larang Anak Ceburi Bidang Seni, Mahu Lebih Berjaya Dalam Pelajaran - “Saya Berhak Tentukan…”

gempak
27/08/2024
04:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa memberitahu dia tidak akan membenarkan anak-anaknya menceburi bidang seni biarpun ada menerima tawaran ke arah itu.
Hiburan

Suami Jadikan Virus Monkeypox Sebagai ‘Joke’, Ini Respons Fatin Afeefa - “Yang Pasti Itu Bukan…”

gempak
26/08/2024
08:55 MYT
Selebriti media sosial, Fatin Afeefa mengakui dia tidak tahu mengenai tindakan suaminya iaitu Aliff Awang yang menjadikan virus ‘monkeypox’ sebagai jenaka dalam sebuah video yang dikongsikan, baru-baru ini.
Hiburan

Dianggap Wajah Pelaris Produk, Ini Komen Hannah Delisha!

gempak
20/08/2024
17:05 MYT
Terbaharu, Hannah dilantik menjadi duta produk kecantikan Conboo yang mana sesuai digunakan oleh semua golongan.
Hiburan

PU Riz Dilantik Jadi Duta Masjid Di Kubang Kerian - "Komitmen Saya Lebih Pada Membantu Cari Dana & Sedekah..."

gempak
08/07/2024
21:17 MYT
Pendakwah selebriti Ustaz Muhammad Haris Mohd Ismail atau PU Riz, 29, dilantik menjadi Duta Wakaf Program Wakaf Masjid Al-Makmuriah, Kubang Kerian, Kelantan.