Skip to main content

Diana Danielle Titik Beratkan Rehat Berkualiti, Kongsi Rahsia Bilik Tenang - "Saya Ni Gemar Tidur Mengiring, Jadi ..."

diana_katil

Sekilas

  • Diana Danielle tekankan pentingnya tidur berkualiti sebagai kunci kesihatan dan tenaga harian, terutama bagi individu berkerjaya dan ibu seperti dirinya.
  • Dia dilantik sebagai duta jenama Napure dan berkongsi bahawa pemilihan tilam yang sesuai sangat mempengaruhi keselesaan tidur, terutamanya bagi yang tidur mengiring.
  • Untuk tahun 2026, Diana fokus pada keluarga dan anak-anak serta merancang keluarkan beberapa single baharu dan filem yang akan datang.

Pelakon dan penyanyi, Diana Danielle mengakui kunci kepada kesihatan dan tenaga hariannya bermula daripada satu perkara asas iaitu tidur berkualiti.

Bergelar seorang ibu dan individu berkerjaya, Diana berkata aspek ini bukan lagi satu pilihan tetapi satu keperluan yang sangat penting dalam rutin hidupnya.

“Saya rasa bertuah dapat tidur lena. Bagi saya sebagai seorang yang bekerja, tidur itu benda penting untuk diberi perhatian. Kita kena buat persekitaran yang baik kerana kualiti tidur sangat penting. 

"Keselesaan katil, suhu bilik dan suasana bilik memberi kesan yang besar. Ketenangan itu sangat penting,” katanya ketika sambutan ulang tahun ke-50 Lee Swee Kiat Group Berhad (LSK) di ibu kota baru-baru ini.

Diana turut dilantik sebagai duta jenama Napure bersama peragawati terkenal Amber Chia.

Dalam pada itu, Diana turut menjelaskan bahawa pemilihan tilam yang tepat amat mempengaruhi keselesaan tidur, terutama bagi mereka yang mempunyai posisi tidur tertentu sepertinya yang gemar tidur mengiring.

“Kualiti tilam yang memberi sokongan kepada badan sangat penting. Tilam ada tahap kelembutan dan ketegapan berbeza. Ada yang mempunyai kesan sejuk dan ada yang sesuai untuk tidur mengiring.

"Kalau salah pilih tilam, bahu akan terasa tekanan dan memberi kesan bila bangun tidur. Saya suka tidur mengiring, jadi bantal pun perlu sepadan,” jelasnya.

Sementara itu, Pengarah Urusan LSK, Datuk Eric Lee Kong Sim, menyifatkan ulang tahun ke-50 sebagai satu detik penting yang menggabungkan sejarah syarikat dengan hala tuju masa depannya.

"Kejayaan LSK bukan sahaja berpaksikan kekuatan produk, tetapi juga sokongan pengguna serta kerjasama dengan rakan strategik seperti Cuckoo International, yang membantu memperluas tawaran dan segmen pelanggan.

"Dengan kemunculan Diana Danielle dan Amber Chia menambah keriangan pelanggan-pelanggan setia kami serta pengunjung pusat beli-belah ini yang hadir bersama-sama meraikan ulang tahun ini, kami rasa sambutan 50 tahun LSK ini jadi lebih bermakna,” kata beliau.

LSK turut mencatat beberapa pencapaian besar sepanjang lima dekad, termasuk penyenaraian di Bursa Malaysia, beberapa pengiktirafan dalam Malaysia Book of Records serta pensijilan Global Organic Latex Standard bagi produk lateks organiknya.

Peralihan syarikat kepada model jualan terus kepada pengguna (D2C) dalam beberapa tahun kebelakangan ini juga membuka ruang kepada pendekatan lebih moden dalam pemasaran dan khidmat pelanggan.

Berbicara tentang perjalanan peribadinya, Diana turut berkongsi azam tahun baharu yang lebih reflektif.

“Azam saya adalah untuk menjadi orang yang lebih baik dan insan yang lebih baik. Hujung tahun mungkin ada hubungan yang tidak begitu baik dan saya cuba untuk betulkan.

"Banyak juga renovasi rumah sedang berjalan dan saya nak habiskan semuanya.

"Saya juga akan keluarkan beberapa single baharu dan berharap dapat memberikan karya terbaik untuk peminat,” ujarnya.

Memasuki tahun 2026, Diana memberi tumpuan lebih mendalam terhadap anak-anak selepas melalui tahun yang padat dengan komitmen.

“Tahun 2026 saya ingin lebih fokus kepada anak-anak. Tahun 2025 agak sibuk dan ada impian mereka yang saya cuba bantu capai. Tiga filem saya juga akan keluar. Saya mahu jadi anak yang lebih baik, ibu yang lebih baik,” katanya.
 

Must-Watch Video

Advertisement