Skip to main content

Selebriti

Didakwa 'Jeling' Orang Dalam Lif, Izara Aishah Tampil Bersuara - "Fitnah Apa Ini"

Didakwa 'Jeling' Orang Dalam Lif, Izara Aishah Tampil Bersuara - "Fitnah Apa Ini"

Sekilas

  • Pelakon Izara Aishah menafikan dakwaan sombong selepas seorang individu mendakwa dia menjeling ketika di dalam lif menuju konsert Datuk Seri Siti Nurhaliza.
  • Izara menjelaskan dia biasanya akan terkejut dan malu jika sesi fotografi terganggu, bukan bersikap sombong seperti didakwa.
  • Dia juga hairan individu tersebut mengenalinya tetapi masih mempersoalkan identitinya dengan bertanya "kau siapa".
Advertisement

Pelakon, Izara Aishah tampil menjawab dakwaan seorang individu yang mendakwa dirinya bersikap sombong.

Menerusi perkongsian di media sosial, individu tersebut mendakwa Izara menjeling padanya ketika dia ingin memasuki lif untuk menuju ke konsert Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza.

Advertisement

Menurut individu itu, ketika kejadian, Izara bersama pengurusnya sedang menjalani sesi fotografi di dalam lif berkenaan.

Mengulas dakwaan itu, Izara menjelaskan sekiranya situasi tersebut benar-benar berlaku, kebiasaannya dia akan terkejut dan berasa malu apabila sesi bergambar terganggu.

"Tak bagi masuk lift pula. Fitnah apa ini. Selalu kalau kantoi pintu lift terbukak masa tengah beria posing, saya akan terkejut dan malu tak tau nak letak muka kat mana. Saya hanya mampu tengok dinding. 

Advertisement

"Selalu yang akan kena jeling dengan saya ialah crew saya,"katanya.

Dalam masa sama, Izara meluahkan rasa hairan terhadap individu tersebut yang mengenalinya tetapi masih mempersoalkan dirinya.

"Jangan la sombong, tau la saya izara Aishah sahaja tapi bila dah kenal saya siapa, kenapa tanya lagi “kau siapa”. Kau itu siapa yang aku nak bersombong-sombong,"ujarnya. 

 

Anda mungkin berminat dengan

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

TIME PHORIA - Nebula Velvet Lip Cream Lipmatte Lip Gloss Liptint Waterproof Tahan Lama Lipstick Longlasting Moisturie

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

《Mega Deal》Plus Size Jersey Microfiber Round Neck Long sleeve Jersi T-Shirt Unisex

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

Sea Makeup Stayput Setting Spray 100ml

JEEL Kurti & Pant Set - Ready Stock | Soft Material | Assorted Designs & Colours | Premium Material |

JEEL Kurti & Pant Set - Ready Stock | Soft Material | Assorted Designs & Colours | Premium Material |

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Seluar Bootcut Women Trousers Long Palazo New Fashion Female Loose Casual Pants

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Stretchable Plus Size Underwear Spender Panties M-XXXXL / Seluar Dalam Wanita M-XXXXL FELACITY

Must Watch Video

Advertisement