Skip to main content
Advertisement

Selebriti

Didi Astillah Tampil Perjelas Isu ‘Prank’ Hari Lahir Ibu, Mohon Maaf Jika Ada Pihak Kurang Senang - “Saya Hormati & Faham…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Didi Astillah jelaskan kejutan sambutan hari jadi ibunya bukan perkara baru dan pernah dilakukan sebelum ini.
  • Dia memohon maaf jika ada pihak kurang selesa dan menjelaskan sambutan diadakan dalam bilik tertutup.
  • Didi juga minta orang ramai bertenang dan tidak risaukan keadaan abang iparnya, Syed Saddiq.
Advertisement

Pelakon, Didi Astillah tampil perjelas isu kejutan (prank) sambutan hari jadi ibunya di sebuah restoran yang tular di media sosial, baru-baru ini.

Menerusi perkongsian di Instagram, Didi menjelaskan bahawa ia bukanlah kali pertama dia membuat kejutan seperti itu, malah dia pernah memuat naik hantaran dengan taktik yang lebih kurang sama sebelum ini.

Advertisement

“Saya hormati dan faham semua orang ada pandangan masing-masing. Kepada mereka yang tidak tahu, ini bukanlah perkara yang baharu atau pertama kali saya buat. 

“Mungkin pengikut saya yang dah lama mengikuti saya mesti pernah nampak saya buat macam ini. Saya pernah post dulu tetapi mungkin ketika itu kurang dapat perhatian sebab itu tak pernah dipersoalkan,”tulisnya.

Bagaimanapun, adik kepada penyanyi, Bella Astillah itu turut memohon maaf kepada mana-mana pihak yang kurang selesa dengan perkongsian tersebut, selain menjelaskan bahawa sambutan tersebut sebenarnya diadakan secara tertutup.

“Apa pun, saya minta maaf kalau ada pihak yang kurang senang. Untuk pengetahuan kami dah tempah tempat itu dan ia dalam bilik tertutup (private room). 

“Ada team member yang termuat naik tanpa sengaja tanpa tanya kami terlebih dahulu dan mereka pun sudah memohon maaf. Jadi, marilah semua move on dan jalani kehidupan kita,”katanya.

Dalam pada itu, Didi turut meminta orang ramai untuk bertenang dan tidak terlalu merisaukan mengenai keadaan bakal abang iparnya, Ahli Parlimen Muar Syed Saddiq.

“Abang Saddiq okay sahaja. Kan abang? Tenang sahaja ya kalian,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

G&M#Vest Dress for Women Long Dress A-line High Quality Elegant Sleeveless Slim Fit Waist Style Pakaian Kasual#99012

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

GARNIER COLOR NATURALS ULTRA COLOR HAIR DYE COLOUR 20ML/30ML

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

KGT Bamboo Slack P2 Ladies STRAIGHT CUT Baggy Cutting Long Pants 1966 Seluar Panjang Wanita

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

【🇲🇾MALAYSIA READY STOCK】 MEDICAL SCRUB SUIT BAJU SCRUB TOP+PANTS

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

YSL Yves Saint Laurent Le Cushion Encre De Peau SPF23PA++ (#20) (5g)

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Luxurious Extra Hold Hair Spray 100ml 420ml (For West Malaysia Only) Travel Mini Hair Spray

Must Watch Video

Advertisement