Skip to main content

Dikenali Hanya Kerana Anak DSV? Ini Jawapan Cik B – “Boleh Tukar-Tukar Ibu Ke?”

Bakar isteri

Sekilas

  • Cik B beri respon terhadap komen negatif yang mendakwa popularitinya hanya kerana dia anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida.
  • Dia menegaskan status sebagai anak DSV adalah hakikat yang tidak boleh diubah dan tidak memberi kesan negatif kepadanya.
  • Cik B dan ibunya, DSV, antara peserta dalam Talk To My Manager 2 yang disiarkan setiap Ahad di Astro Ria.
Advertisement

Bintang Talk To My Manager 2, Cik B tampil memberikan respon terhadap komen negatif yang sering dilemparkan terhadap dirinya.

Menerusi perkongsian di Threads, Cik B berkata ada segelintir netizen yang mempertikaikan popularitinya dengan mendakwa dia hanya dikenali ramai kerana merupakan anak kepada usahawan terkenal, Datuk Seri Vida (DSV).

Advertisement

Malah, ada yang beranggapan namanya tidak akan mendapat perhatian sekiranya bukan kerana status tersebut.

“Netizen kata kalau lah Cik B bukan anak Datuk Seri Vida, siapa sahaja mahu pandang,”tulisnya.

Mengulas mengenai dakwaan itu, Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlynn Zamileen Muhammad Amin berkata perkara tersebut tidak memberi kesan kepadanya kerana hakikatnya dia merupakan anak kepada DSV dan perkara itu tidak boleh diubah.

Advertisement

“Tapi hakikatnya Cik B memang anak mama yang hebat. Kenapa kena guna perkataan ‘kalau’. Boleh tukar-tukar ibu ke?,”ujarnya.

Perkongsian tersebut mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen yang rata-ratanya memberikan kata-kata semangat kepada Cik B selain menasihatinya untuk mengabaikan komen-komen tersebut.

Dalam perkembangan lain, Cik B bersama ibunya, DSV merupakan antara peserta yang bersaing dalam musim kedua program Talk To My Manager 2.

Selain mereka, program itu turut menampilkan gandingan Jamilulhayat dan Hussain, Linda Jasmine dan Ratu, Nana Mahazan dan Althea, Pak Azad dan Amarra, Safura dan Kim Khairii, Adira dan Anggrek, Ani Maiyuni dan Viviana, Datuk A. Aida dan Azeva serta Dato’ Fazley dan Fariedz Fazley.

Program berkenaan dikendalikan oleh Aznil Nawawi, manakala barisan juri terdiri daripada Sarimah Ibrahim dan AC Mizal.

Setiap pasangan pengurus dan artis dinilai menerusi sistem pemarkahan yang merangkumi 60 peratus markah untuk pengurus dan 40 peratus untuk artis.


Saksikan Talk To My Manager 2 setiap Ahad, jam 9 malam di Astro Ria dan boleh distrim menerusi aplikasi Astro GO serta Sooka.

Sumber: Threads

 

Anda mungkin berminat dengan

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

Man Singlet Men Slimming Singlet Shaper Body Slim Shirt Shapewear Waist Shapewear Ready Stock 219186

[Kasut Raya] BATA Zylyn Women Black/ Brown/SIlver Heels 6316047/6318047/6312047 Kasut Tumit Tinggi

[Kasut Raya] BATA Zylyn Women Black/ Brown/SIlver Heels 6316047/6318047/6312047 Kasut Tumit Tinggi

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

GILDAN PRIME x HYDT WAREHOUSE Symbolic Cotton 230gsm T-Shirt Unisex Adult Regular Fit Combed Tshirt Baju Tebal HW230

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

Emas Jaguar (4.21g)Gold Plated Rantai Leher Necklace Papan 0.2 50cm (416500201)

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

adidas Football Spain 26 Away Jersey Men White JN4397

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

[guyumao] Women Large Statement 3D Layered Golden Flower Brooch Bold Retro Statement Elegant Collar Accessory For Party Wedding Daily Wear MY

Must Watch Video

Advertisement