Tempatan

Akibat ‘Suka-Suka’ Pecahkan Cermin Kereta, Akhirnya Penganggur Ditangkap

gempak
Erywan
22/02/2021
03:03 MYT
Sponsor Banner
Akibat ‘Suka-Suka’ Pecahkan Cermin Kereta, Akhirnya Penganggur Ditangkap
Perbuatan 'suka-suka' memecahkan cermin kereta kenderaan awam, akhirnya membawa padah apabila polis menahan seorang penganggur di Jalan Kemuning, Port Dickson.
Freemalaysiatoday.com melaporkan bahawa siasatan mendapati suspek melakukan perbuatan khianat bersendirian menggunakan batu bata yang dikutip di tepi jalan sebelum memecahkan cermin kereta yang di parkir sekitar Taman Perumahan Port Dickson, Teluk Kemang dan Lukut.
Ketua Polis Daerah Port Dickson, Aidi Shan Mohamed berkata lelaki berusia 24 tahun itu ditahan polis Bahagian Siasatan Jenayah Port Dickson pada jam 3.50 petang.
Polis juga merampas tiga motosikal bersama anak kunci, satu topi keledar dan pakaian yang digunakan suspek ketika melakukan jenayah di sebuah bengkel di Batu 9, Teluk Kemang.
Setakat ini, polis menerima 18 laporan berhubung kejadian khianat tersebut sejak minggu lalu yang dipercayai ada kaitan dengan suspek.
Aidi Sham berkata, siasatan mendapat suspek melakukan perbuatan terbabit bukan bertujuan jenayah sebaliknya hanya suka-suka membaling batu ke kenderaan yang diparkir ketika menunggang motosikal.
Pada masa sama, hasil ujian air kencing juga mendapati suspek negatif selain memiliki satu rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan mencuri.
Suspek kini ditahan reman empat hari sehingga Rabu untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live