Skip to main content

Selebriti

Gaji Setinggi Gunung, Jawatan Hebat, PU Riz Pesan Anak Menantu Jangan Lupa Jasa Ibu - “Jangan Biar Mak Angkat, Kau Bangun Pergi Tolong”

Gaji Setinggi Gunung, Jawatan Hebat, PU Riz Pesan Anak Menantu Jangan Lupa Jasa Ibu - “Jangan Biar Mak Angkat, Kau Bangun Pergi Tolong”

Sekilas

  • PU Riz pesan anak dan menantu supaya sentiasa hormat dan bantu ibu bapa terutama semasa balik rumah dan waktu makan.
  • Dia tekankan anak-anak perlu peka dan ambil inisiatif membantu tanpa tunggu arahan daripada ibu bapa.
  • PU Riz ingatkan kejayaan tidak bermakna tanpa doa dan jasa ibu bapa, jadi jangan sombong walau apa pun kedudukan.
Advertisement

Penceramah bebas, PU Riz menitipkan pesanan kepada golongan anak dan menantu agar sentiasa menghormati serta membantu ibu bapa, terutamanya ketika pulang ke rumah untuk meluangkan masa bersama keluarga.

Menerusi perkongsian di Threads, Riz atau nama sebenarnya Haris Ismail berkata anak-anak seharusnya lebih peka terhadap keperluan ibu dan mengambil inisiatif untuk membantu tanpa perlu menunggu arahan atau permintaan daripada mereka.

Advertisement

“Pesan seorang anak atau menantu pada yang lain. Baca tulisan ini Baik baik.

“Kalau hari-ini balik rumah mak, waktu makan terutamanya, dan mak tnya nak tambah nasi?Nak apa apa lagi?

“Jangan biar mak yang angkat benda benda tu semua. Kau bangun pergi tolong. Kau yang jamu,” tegasnya.

Advertisement

Dalam pada itu, PU Riz juga turut mengingatkan bahawa kejayaan dan kedudukan yang dimiliki seseorang tidak seharusnya membuatkan mereka lupa akan jasa serta doa ibu bapa yang menjadi antara sumber kekuatan dalam kehidupan.

“Ingat, Walaupun harini gaji kau setinggi gunung, posisi kau Perdana Menteri sekalipun, tanpa tangan seorang ibu yang meminta pada Sang Pencipta, susah kau nak berjaya.

“Kenali diri, jangan angkuh atas ke-sementaraan,” pesannya.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥Local Delivery🚚Men's Business Formal Casual Shirts Plus Size Long Sleeve Slim Fit Korean Suit Shirt Kemeja Lelaki

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

🔥🔥 [𝐒-𝟔𝐗𝐋] Unisex Long Sleeve hoodies Solid Zipper

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Silver-coated windbreaker for men and women, waterproof and effective against cold wind, 3-zip windbreaker with 2 layers of beautiful quality mesh lining to keep warm

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Baju Korporat KPM Lelaki Perempuan Muslimah - Koperat Lengan Panjang Pendek

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Must Watch Video

Advertisement