Tempatan

Aplikasi Bantuan Jalanan 24Seven Dan Sistem Telematik Beri Kemudahan Kepada Pemilik Toyota

gempak
Erywan
17/09/2021
03:48 MYT
Sponsor Banner
Aplikasi Bantuan Jalanan 24Seven Dan Sistem Telematik Beri Kemudahan Kepada Pemilik Toyota
Bagi pemilik kenderaan Toyota, apa yang sebelum ini dipanggil bantuan jalanan sudah melangkah lagi ke hadapan dengan pengenalan aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota.
Ditawarkan pertama kali dalam industri, apa yang diperlukan kini hanyalah beberapa leretan di telefon anda untuk meminta bantuan segera, walaupun bagi perkara sekecil kehabisan minyak atau kebocoran tayar.
Apa yang perlu dilakukan adalah dengan meminta bantuan menerusi aplikasi mudah alih di telefon, dan bantuan akan tiba sepantasnya. Dalam kecemasan, ciri utama yang dibina dalam aplikasi itu termasuklah butang SOS dengan ciri pengesanan jejak masa nyata. Pengguna boleh menjejak laluan perjalanan dan masa bantuan akan tiba kepada mereka.
Jaminan selanjutnya ialah bantuan berkenaan datangnya dari cawangan rasmi Toyota atau penyedia perkhidmatannya. Bantuan Jalanan 24Seven Toyota menawarkan baik pulih minor di lokasi serta khidmat tundaan (hingga 50 km) kepada pemilik kenderaan Toyota (tertakluk kepada terma dan syarat).
Aplikasi mudah alih Bantuan Jalanan 24Seven Toyota turut dihubungkan dengan Sistem Telematik Kenderaan Toyota (VTS) yang dibina di dalam model kenderaan generasi terbaru.
Ini membolehkah pemandu mempunyai hubungan lebih peribadi dan unik dengan kenderaan mereka, sebuah interaksi yang tidak boleh dinikmati pada 20 hingga 30 tahun lalu.
Dengan VTS, kenderaan boleh dipantau menggunakan GPS, dan lokasinya boleh dikenal pasti melalui aplikasi mudah alih. Ini tidak hanya membantu pihak berkuasa yang terbabit untuk mengesan dan menemukan semula kenderaan jika perlu, tetapi sistem ini juga boleh mengesan impak untuk membolehkan khidmat kecemasan dihantar ke lokasi jika ada keperluan.
VTS turut membolehkan pemilikan kenderaan untuk melihat semula sejarah perjalanan dengan laporan minit ke minit, jarak yang dilalui, dan tempoh keseluruhan perjalanan.
Penawaran lain pada aplikasi mudah alih ini ialah kebolehan untuk melihat semula corak pemanduan ketika dalam perjalanan serta menetapkan parameter keselamatan untuk memantau perjalanan orang tersayang bila perlu, terutama bagi pemandu baru dan masih muda.
MANFAAT UTAMA BANTUAN JALANAN 24Seven TOYOTA
  • Tersedia 24 jam sehari, 7 hari seminggu di seluruh negara
  • Boleh diakses melalui aplikasi mudah alih, tablet atau nombor talian bebas tol
  • Baik pulih minor di lokasi percuma
  • Tundaan percuma dalam negeri (tertakluk terma dan syarat)
  • Muat turun percuma aplikasi di Googe Play Store atau Apple App Store
MANFAAT UTAMA SISTEM TELEMATIK KENDERAAN TOYOTA
  • Pemantauan kenderaan melalui GPS
  • Respon kecemasan sekiranya ada impak dikesan
  • Koordinasi dengan pihak berkuasa berkaitan oleh Pusa Kawalan 24/7 — Menjejak beberapa kenderaan dalam satu aplikasi
  • Melihat dan merakam maklumat operasi kenderaan
  • Makluman dan notifikasi untuk keadaan spesifik
  • Pemantauan skor pemandu untuk tabiat memandu yang lebih selamat — Jaminan 5-tahun
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live