Tahukah anda, kereta eletrik pernah dihasilkan sejak zaman dahulu dan ia bukannya trend baru mucul dalam industri automotif masa kini?

Contoh terbaik ialah model klasik ini yang dikenali sebagai Zagato Zele. Kereta itu adalah kereta elektrik yang direka oleh firma rekaan terkemuka Itali iaitu Zagato di bandar Milan.


Boleh dikatakan ia sebagai 'bapa' kepada model kenderaan eletrik (EV) yang ada ketika ini.

Zagato bukannya nama asing dan mereka terbabit dalam rekaan beberapa model eksotik dan cantik membabitkan beberapa jenama terkenal antaranya Aston Martin, Lancia dan Alfa Romeo.


Zele dibangunkan ketika zaman krisis minyak pada pertengahan tahun 1970-an dan produksinya berlangsung antara 1974 dan 1976.

Jumlah penghasilkan kereta itu dikatakan adalah sebanyak beberapa ratus unit dan ia sebuah modelo kereta yang jarang ditemui semasa zamannya (1970-an) hingga kini.


Berdasarkan maklumat, ada 3 varian dihasilkan iaitu 1000, 1500 dan 2000. Setiap satu merujuk kepada kuasa output motor elektrik.

Badan kereta ini dihasilkan menggunakan gentian kaca di atas casis keluli daripada Fiat 500 dan Fiat 124. Kuasa elektrik diperoleh daripada empat bateri 12 volt. Setiap cas membolehkan Zele kembara sejauh 80 kilometer.


Baru-baru ini, ada seunit Zele 2000 buatan tahun 1976 berwarna oren dijual pada harga £10,640 (RM56,570). Kereta itu sudah dipandu sejauh 6,950 kilometer.

Sumber: Historics