BHPetrol bekerjsama dengan Tourism Malaysia menawarkan pakej hadiah percutian kepada pelanggan stesen minyak berkenaan untuk dimemenangi.

Ia membabitkan Peraduan Jom! Cuti-cuti Malaysia yang bermula pada 18 Ogos sehingga 26 Oktober 2020 dengan menawarkan hadiah menarik seperti


Peraduan itu juga bertujuan menggalakkan sokongan dan minat orang ramai terhadap jenama BHPetrol dan sekali gus membantu merancakkan semula perkembangan industri pelancongan domestik Malaysia yang terkesan akibat pandemik Covid-19.

Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Musa Yusof berkata, pihaknya mengalu-alukan inisiatif seperti kerjasama itu yang sejajar dengan arah tuju Tourism Malaysia dalam meningkatkan lagi industri pelancongan domestik.

“Peraduan itu diharapkan boleh menggalakkan rakyat Malaysia untuk melancong merentas negeri serta menikmati keindahan semulajadi dan juga tempat tarikan pelancong sedia ada di Malaysia,” katanya sempena majlis pelancaran Peraduan Jom! Cuti-cuti Malaysia bersama BHPetrol dan Tourism Malaysia.


Hadir sama, Ketua Pegawai Eksekutif Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd, Leslie Ng.

Untuk menyertainya, anda perlu membelanjakan sejumlah RM30 produk petrol dan diesel atau barangan BHPetromart. Setiap perbelanjaan terkumpul RM30 anda akan layak untuk menyertai satu penyertaan. Bagi keterangan lanjut, anda boleh layari www.bhpetrol.com.my.