TEMPATAN
Boleh Tahan Menarik, Versi Honda Wave 125i Baharu Di Thailand
Honda Thailand menjadi negara kedua selepas Malaysia untuk memperkenalkan Wave 125i edisi dipertingkat dengan pilihan warna baharu, baru-baru ini.
Kapcai ini menggunakan enjin silinder tunggal 125cc dengan kotak gear empat kelajuan. Minyak petrol disampaikan ke kebuk pembakaran melalui teknologi pancitan bahan api elektronik (PGM-FI).

Honda Thailand mendakwa setiap liter menyamai jarak tunggang sejauh 74km atau 1.4 liter bagi setiap 100km. Tangki minyak Honda Wave 125i ialah sebesar 5.4 liter.

Sistem brek ialah jenis cakera pada roda depan dan brek dram di rim belakang. Versi di Thailand agak ketinggalan berbanding tawaran Boon Siew Honda yang memasang brek cakera di roda belakang Wave 125i.

Instrumen meter Wave 125i baharu Thailand sama seperti model di Malaysia tetapi memiliki latar pencahayaan biru lembut (Malaysia pula warna merah).

Warna baharu ialah Metallic Matte Gray (kelabu) bersama rim sport hitam. Selain itu, ada juga tiga pilihan kombinasi warna untuk versi rim sport dan rim jejari biasa:



- Merah biru - rim sport hitam
- Putih merah - rim sport hitam
- Hitam merah - rim sport hitam

- Hitam - rim jejari
- Biru hitam - rim jejari
- Merah hitam - rim jejari
Harga Wave 125i versi rim sukan bermula serendah 56,000 baht (RM7,532) manakala jenis rim jejari dijual pada harga asas 53,800 baht (RM7,235).
Must-Watch Video