Antarabangsa

Ferrari 488 GTE “AF CORSE #51” Versi LEGO® Technic, Dijual Pada Harga RM799.90

Erywan
25/11/2020
04:50 MYT
LEGO Group melancarkan LEGO® Technic menerusi model Ferrari 488 GTE “AF CORSE #51” yang sebelum ini memenangi acara perlumbaan endurance.
Model LEGO itu dilengkapi dengan ciri-ciri autentik dan elemen reka bentuk yang menarik sekali gus menjadikannya ekspresi sebenar sebuah jentera lumba Ferrari.
Biarpun sebuah mainan, ia mempunyai suspensi depan dan belakang, lengkung aerodinamik, selain enjin V8 dengan omboh bergerak serta roda stereng yang dilekatkan lencana Prancing Horse untuk membuatkan model ini benar-benar hidup.
Pada masa sama, nombor perlumbaan asal, pelekat penaja dan cat tiga warna yang asli turut menambah kemasan untuk model berkenaan.
Ia mempunyai dimensi dengan sepanjang 48 sentimeter (sm) yang dihasilkan menggunakan dari 1,677 elemen LEGO Technic menjadikannya binaan yang menarik dan menyeronokkan. Bagaimanapun, model itu lebih sesuai bagi mereka berumur 18 ke atas.
Adakah ia akan ada di Malaysia, jawapannya ya! LEGO® Technic ™ Ferrari 488 GTE "AF Corse # 51” akan berada di pasaran bermula 4 Januari 2021 di Kedai Bertauliah LEGO, Kedai Rasmi LEGO di Lazada dan Shopee, LEGOLAND, serta peruncit dan gedung serbaneka utama di Malaysia.
Harganya pula, ia tidak semurah yang anda sangka kerana ia dijual pada RM799.90. Jadi mulai sekarang, anda sudah pun boleh menabung untuk memiliki model yang menarik ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Peraduan

Dune: Part Two - Sewa & Menang di Astro First!

gempak
19/04/2024
02:36 MYT
drebar

Harley-Davidson Fat Boy dalam bentuk LEGO dijual bermula 1 Ogos ini

gempak
11/07/2019
07:04 MYT
Model LEGO itu mempunyai 1,023 blok yang turut hadir bersama rim, tangki, meter kelajuan dan dua ekzos.
Hiburan

"Masih Boleh Nampak" - Tertusuk Mata Dengan Permainan Lego, Betty Benafe Nyaris Buta

gempak
22/06/2018
03:46 MYT
Viral

Uniknya! Tun M & Siti Hasmah Dalam Versi Lego

gempak
12/06/2018
05:36 MYT