,
Tempatan

Ferrari Portofino M Dah Masuk Malaysia, Harga Bermula RM998,000 Sebelum Duti, Cukai Dan Insurans

Erywan
27/09/2021
03:53 MYT
Selepas diperkenalkan pada hujung tahun lalu pada peringkat global, Naza Italia selaku pengimport dan pengedar rasmi Ferrari di Malaysia membawa masuk barisan supercar baharu menerusi Portofino M buat pasaran tempatan.
Jentera Portofino M itu hadir dengan ciri yang dinaik taraf membabitkan sistem rangkaian kuasa dan kosmetik luaran. Dari segi nama, huruf M yang terletak di hujung Portofino itu bermaksud ‘Modificata’, yang mana jentera itu menerima ubah suai terhadap sistem rangkaian kuasanya, selain turut dipadankan dengan kotak gear baharu.
Ia masih menggunakan enjin berseseran 3,855cc yang sudah memenangi anugerah Enjin Terbaik Antarabangsa selama 4 tahun berturut-turut sejak 2016. Enjin itu kini lebih berkuasa dengan tambahan 19hp yang kini berjumlah 611hp, tetapi kuasa torknya masih lagi kekal sama iaitu 760Nm. Penambahan kuasa itu terhasil daripada cam profile baharu dengan peningkatan anjakan injap serta mengoptimakan pengisian ruang pembakaran.
Selain itu, ia menggunakan kotak gear baharu dengan transmisi dwi-klac lapan-kelajuan iaitu sama dengan model SF90 Stradale. Dari segi prestasinya, Ferrari Portofino M boleh memecut 0-100km/j dalam 3.45 saat dengan kelajuan maksimum boleh mencecah lebih 320km/j.
Wajahnya pula, perubahan boleh dilihat pada bampar hadapan dengan corong pengambilan udara baharu yang boleh menyalur ke gerbang roda untuk meningkatkan daya aerodinamik. Belakangnya pula dipadankan dengan diffuser yang berasingan daripada bampar, selain menggunakan sistem ekzos baharu.
Bahagian dalaman boleh dikatakan masih lagi sama dengan Portofino sebelum ini, cuma pada stereng yang terletak suis manettino menerima mod kelima dengan tambahan tatapan Race. Bagi membuka bumbung untuk pemanduan yang santai, ia boleh dibuka atau diitutup pada kelajuan kurang 40km/j dalam masa dalam 14 saat. Harganya, ia dijual bermula RM998,000 sebelum duti, cukai dan insurans.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Impian Jadi Kenyataan, Isteri Aliff Syukri Hadiahkan Ferrari Sempena Ulang Tahun Ke-17 Perkahwinan

gempak
17/08/2024
08:55 MYT
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri baru-baru ini berkongsi perkhabaran gembira di mana dirinya dihadiahkan kereta mewah jenis Ferrari oleh isterinya, Datin Seri Shahida.
Sukan

Lewis Hamilton Bakal Sertai Ferrari Musim 2025

gempak
02/02/2024
04:55 MYT
Lewis Hamilton akan meninggalkan Mercedes dan menyertai Ferrari untuk musim Formula 1 2025
drebar

Ferrari 812 Superfast Limited Edition - Rekaan Lebih Agresif, Ringan Dan Enjin Banyak Modifikasi

gempak
26/04/2021
04:13 MYT
Sekilas pandang ia masih nampak seperti 812 Superfast standard, tetapi supercar ini sebenarnya lebih ringan menerusi penggunaan komponen gentian karbon.
drebar

Model Replika Mini Ferrari SF1000 Berharga RM37,140

gempak
08/03/2021
09:30 MYT
Pasukan pereka dan pembina menghabiskan masa selama 2,500 jam untuk proses pembangunan model replika ini.
drebar

Jalan Enzo Ferrari di Prague?

gempak
24/02/2021
08:17 MYT
Satu cadangan nama jalan bagi memberi penghormatan kepada mendiang Enzo Ferrari.