Kurang dua minggu membuka tempahan, Honda Malaysia kini melancarkan Honda Accord serba baharu buat pasaran negara ini.

Pembaharuan yang dilakukan pada Accord baharu itu merangkumi dari segi prestasi, pengayaan dan rekaan premium, selain dilengkapi teknologi terkini serta ciri keselamatan terbaik.

Honda Accord 2020 akan menampilkan penggayaan badan fastback, dengan rekaan luaran yang tajam.

Bumbungnya juga lebih rendah untuk penampilan lebih dinamik. Ciri lain adalah lampu depan dan belakang LED, ekzos berkembar krom dan rim aloi 18 inci. Jeriji hadapannya juga diperkemaskan dengan satu garisan krom yang besar dan bersambung dengan perumah lampu utama.

Ruang dalamnya pula penuh dengan ciri premium, ia boleh dilihat menerusi kerusi dengan Memori Tempat Duduk Pemandu, Monitor Perhatian Pemandu, Walk Away Auto Lock, Penghidup Enjin Kawalan Jauh.

Papan pemukanya pula dilengkapi Paparan Audio Terkini berukuran lapan inci dan paparan kluster meter (TFT) berukuran tujuh inci.

Bagi melengkapkan keselesaannya, Bunyi, Getaran dan Kekerasan (NVH) dipertingkatkan lagi dengan buih sembur (Spray Form) untuk penebat bunyi tambahan.

Penggunaan Pelekat Berprestasi Tinggi juga menambahkan baik struktur dan ketegaran fizikal kereta untuk ketahanan yang lebih baik, selain mengurangkan bunyi dan getaran.

Selain pengayaan Accord baharu yang tampak sporty, pembaharuan lain membabitkan enjin turut dilakukan. Kereta sedan segmen D itu, kini turut dilengkapi dengan enjin 1.5L pengecas turbo yang sama dengan pada Civic dan CR-V.

Dari segi prestasinya, Honda Accord 2020 akan dikuasakan enjin turbo buat pertama kali itu menjana 201hp dan 260Nm tork, iaitu lebih berkuasa dari 2.4-liter. Adanya enjin baharu itu, ia mampu mencatatkan tahap penggunaan bahan api sehingga 6.1L/100km serta boleh memecut sehingga 190 kilometer sejam.

Ia didatangkan dengan dua varian membabitkan 1.5 TC dan 1.5 TC-P yang ditawarkan empat warna menerusi hitam mutiara, perak, kelabu dan putih mutiara.

Seperti generasi sebelum ini, ia dilengkapi dengan ciri keselamatan Honda Sensing (hanya untuk varian paling tinggi iaitu 1.5 TC-P) membabitkan:

Harga mengikut varian: