gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
  • Daftar
  • Daftar
gempak
  • Utama
  • Video
  • Rancangan
  • Gempak Most Wanted
  • Salam Muslim
  • Zon Lawak
  • Peraduan
  • Rojak Daily
HIBURAN
Isu Busana Perkahwinan Didakwa Sama, Status Elfira Loy & Fiziwoo Raih Perhatian - “You Selebriti, I Orang Biasa-Biasa Je”
HIBURAN
“Kenapa Bawa Lelaki Masuk Rumah Saya?” – Aliff Syukri Mengamuk Rumah Jadi Sarang Maksiat & Dadah
HIBURAN
Netizen Sebak Tengok Video Momen Manis Fazura Bersama Fatima - “Doa Ibunya Akan Sentiasa…"
  • Polisi Privasi
  • Terma Pengguna

Gempak | Hakcipta Terpelihara © 2025 Measat Broadcast Network Systems Sdn Bhd 199201008561 (240064-A)

TEMPATAN

Honda Civic Type R Generasi Baharu Lancar Tahun Depan

Erywan
Erywan
24/06/2021
13:25 MYT
Sponsor Banner
Honda Civic Type R Generasi Baharu Lancar Tahun Depan
Honda baharu sahaja melancarkan Civic versi hatcback pada peringkat global sebagai tambahan varian sedan. Ia juga menjadi model Civic satu-satunya yang ditawarkan dengan transmisi manual dengan enam kelajuan.
Namun itu tidak cukup menarik, ini kerana satu varian Civic yang lebih berprestasi iaitu versi Type R dikatakan akan dilancarkan pada tahun hadapan. Varian lain juga ditawarkan bersama iaitu Civic hibrid dengan dua motor hibrid.
Bagaimanapun, spesifikasi lengkap bagi model Civic Type R itu masih lagi rahsia sama ada enjin apa yang bakal digunakan. Untuk makluman anda, gambar di atas bukannya model sebenar Civic Type R baharu, ia adalah lakaran sahaja!
Bagi Civic Type R yang jual di pasaran ketika ini, ia menggunakan enjin 2.0 liter turbo yang menghasilkan 306 hp dan tork 400 Nm. Ia menggunakan transmisi manual enam kelajuan.
Adakah ia menggunakan enjin sama atau pun ia digabungkan dengan sistem hibrid untuk meningkatkan lagi prestasinya.
Namun ada spekulasi mendakwa bahawa Civic Type R baharu itu bakal menerima versi plug-in hybrid. Ada juga khabar angin mengatakan model itu nanti bakal dilengkapi dengan tiga motor elektrik sebagai tambahan kepada enjin 2.0 liter turbo yang menyalurkan 400 PS dengan sistem pacuan semua roda.Kredit gambar: www.civicxi.com
Topic Berkaitan
#Civic
Must-Watch Video
Advertisement
Advertisement