Watch

Honda Jazz dihiasi aksesori Seeker

Public Anonymous User
09/07/2018
07:30 MYT
Sejak memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) bagi Honda Jazz beberapa tahun lalu, populariti kenderaan kompak itu semakin menjadi-jadi.
Ini mungkin harga bagi versi CKD itu lebih murah dan lebih mampu milik berbanding import yang sebelum ini dijual melebihi RM100,000.
Jadi sudah pastinya Honda Jazz ini banyak kelihatan di jalan raya di Malaysia lebih-lebih lagi apabila reka bentuknya yang berjaya memikat banyak pihak tidak kira muda atau sebaliknya.
Bagi kaki modifikasi, jentera ini memang sesuai dengan minat mereka. Ini kerana banyak lambakan produk yang dijual untuk menghiasi Honda Jazz itu.
Pada masa sama, Honda Jazz boleh dikatakan agak mudah untuk digayakan tetapi mahu kelainan seharuslah pandai menampilkan konsep yang berbeza.
Seperti Honda Jazz yang dipaparkan pada kali ini. Anda mungkin nampak biasa, tetapi hasil naik taraf jentera kompak ini sebenarnya luar biasa selepas dipadankan dengan aksesori jenama Seeker.
Jika anda peminat Honda, sudah pastinya jenama Seeker ini sudah biasa dengar. Bagi mereka yang kurang arif, Seeker ini adalah produk talaan dari Jepun dengan menghasilkan aksesori luaran dan dalaman untuk Honda Jazz.
Jentera merah ini boleh dikatakan keseluruhannya menggunakan aksesori terkenal daripada Jepun itu.
Ia boleh dilihat pada penampilan luar lebih-lebih lagi dicat warna oren Seeker yang mengikut tema serta dipasangkan bersama pelekat yang menjadi lambang identitinya.
Bukan setakat itu sahaja, beberapa aksesori lain jenama Seeker lain boleh dilihat membabitkan jeriji dan lip gentian karbon di bahagian hadapan, peresap belakang dan spoiler. Lampu hadapan dan belakangnya pula dipadankan daripada model GP5.
Bagi membuatkan lebih gah, rim Volk Racing CE28 berukuran 15 inci digunakan selain dibaluti tayar Toyo Proxes R1R.
Menjengah ruang dalamannya, tempat duduk Recaro SR4 ternyata memberi gaya sporty, selain menggunakan stereng jenama Seeker.
Deretan meter Defi Racer tiga beradik juga ditempatkan kemas di atas papan pemuka jentera ini. Malah kelihatan ‘dressup mirror’ dan juga ‘blue mirror’ dari jenama Seeker menambahkan lagi keistimewaannya.
Tiada apa perubahan pada ruang enjin kerana ia masih menggunakan rangkaian kuasa standard.
Bagaimanapun ia dipasangkan dengan beberapa aksesori Seeker antaranya penutup radiator, penutup minyak enjin dan juga ‘air flow’.
Udara yang disedut masuk ke bahagian enjin ditapis bersih melalui penapis udara K&N. Gas karbon terhasil dari dalam ruangan kebuk pembakaran di dihantar keluar ke bahagian ekzos yang turut disambungkan peredam SES di bahagian belakangnya.
Bagi tahap keselesaan dan kedudukan yang tampak lebih sesuai dengan saiznya, Honda Jazz ini dilengkapi penyerap hentak boleh laras Racing Gear HS dipadankan bersama ‘pillow-ball’ dari Bestrush.
Casisnya pula diperkukuhkan lagi dengan penggunaan ‘tower bar’, ‘monkey bar’ dan ‘rear bar’ dari Bestrush. Selain itu, ‘anti-roll’ bar berjenama Cusco turut digunakan.
KLIK PAUTAN INI UNTUK GALERI FOTO JENTERA INI
Biarpun enjin tidak menyalurkan kuasa yang hebat, sistem brek dipertingkatkan dengan pemakaian kit brek lengkap AP Racing Mini 4 pot di bahagian hadapan.
Kesimpulannya, jentera kompak ini sememangnya menarik biarpun prestasinya masih lagi standard.
Baca juga artikel lain:
>>Honda Jazz turbo jana 600hp
>>Honda Jazz GE guna enjin K Series.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video