Tempatan

Honda Lancar Cross Cub 110 Puko Blue Edisi Terhad - Hanya 2,000 Unit Sahaja

gempak
Erywan
21/05/2021
05:14 MYT
Sponsor Banner
Honda Lancar Cross Cub 110 Puko Blue Edisi Terhad - Hanya 2,000 Unit Sahaja
Honda agak aktif mempelbagaikan model dan varian motosikal untuk meneroka segmen baharu di serata dunia. Tahun lalu, pengeluar motosikal dari Jepun itu ada memperkenalkan motosikal Trail 125 atau CT 125 di Amerika Utara dan beberapa negara Eropah.
Sebelum itu, Honda juga ada mendedahkan model Cross Cub 110 semasa Pameran Motor Tokyo pada 2017 dan melancarkannya setahun kemudian. Motosikal rangka itu turut dibawa ke pasaran Thailand.
Kini Honda tampil dengan satu koleksi motosikal edisi terhad yang dipanggail Puko Blue CC 110 yang dibina menggunakan rangka Super Cub 110 tetapi dengan beberapa pembaharuan. Antara kelainan model ini berbanding Super Cub 110 ialah motosikal edisi terhad ini menggunakan lampu utama jenis LED dan tidak mempunyai penghadang angin.
Motosikal ini menggunakan enjin silinder tunggal empat lejang SOHC berkapasiti 109cc dan kotak gear empat kelajuan dengan tangki minyak seluas 4 liter. Kuasa maksimum yang dihasilkan ialah 7.9hp dengan tork puncak 8.5Nm.
Cross Cub 110 Puko Blue sesuai untuk semua jenis penunggang dan dilengkapi aksesori seperti rak trail di belakang pelana, tayar sport dwi-kegunaan dan pelindung ekzos bentuk vintaj. Hanya 2,000 unit akan dibina dengan harga jualan asas ¥341,000 (RM12,862). Model ini akan diperkenalkan di Jepun pada 21 Julai ini.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live