Honda Malaysia mengambil langkah menutup sementara operasi perniagaan bermula hari ini hingga 14 Jun 2021 sejajar pelaksaan sekatan pergerakan penuh bagi menyokong langkah kerajaan membendung penularan pandemik Covid-19 yang semakin meningkat di dalam negara.

Honda Malaysia dijangka akan memulakan semula operasi pada 15 Jun 2021. Langkah itu merangkumi operasi pemasangan kenderaan di kilang Pegoh, Melaka, pusat jualan serta pengedar di seluruh negara.

Bagaimanapun, Honda Malaysia akan terus memberi khidmat selepas jualan di semua pengedarnya di seluruh negara. Bagaimanapun, Honda Malaysia menggalakkan pengguna memuat turun aplikasi HondaTouch bagi membuat temu janji dan mengelak masa menunggu yang lama.

Pelanggan yang datang terus ke pusat servis (walk-in) tidak dibenarkan kecuali mereka membuat temu janji terlebih dahulu dengan rumah mereka dalam radius 10 km untuk memastikan kenderaan mereka diselenggara.