Honda Motor Co Ltd tayang gambar sisi model baharunya menerusi Civic Hatchback yang akan dilancarkan pada 24 Jun ini. Civic adalah satu daripada model popular jenama berkenaan selepas sudah dijual 27 juta unit di seluruh dunia sejak dipasarkan 1972.

Civic Hatchback baharu itu dibangunkan berdasarkan reka bentuk sporty Civic Sedan generasi ke-11 yang diilhamkan dengan gaya luaran bercirikan cita rasa Eropah. Apa yang difahamkan, ia turut disediakan dengan transmisi manual enam kelajuan yang pastinya memberi pemanduan lebih menyeronokkan.


Bagi pasaran Amerika Syarikat, ia dipasang di kilang Honda di Greensburg, Indiana dan dijangka akan tiba di pusat pengedar di sana akhir tahun ini.

Hatchback bagi pasaran Amerika Syarikat itu dikatakan bakal menggunakan enjin yang sama dengan sedan membabitkan 2.0 liter NA i-VTEC (158hp/187 Nm) dan1.5 liter VTEC Turbo dengan janaan (180hp/240Nm) tork. Cuma yang membezakan, versi sedan tidak mempunyai transmisi manual seperti hatchback.