ANTARABANGSA
Honda X-Blade Edisi 2020 Lancar Di India Yang Patuh BS6, Harga Bermula RM6,078
Honda Motorcycle and Scooters India (Honda India) meneruskan momentum meluaskan lagi tawaran motosikal patuh standard piawaian BS6 dengan melancarkan model X-Blade edisi 2020.
Motosikal jenama Jepun itu ialah antara model paling bergaya dan sporty dalam segmen 150 hingga 160cc di India. Kini, model streetbike ini pasti lebih mudah menarik perhatian ramai kerana menggunakan set lampu depan dengan reka bentuk seperti muka robot.

Satu ciri yang membezakan model ini dengan produk generasi terdahulu ialah suis mematikan fungsi enjin pada bar hendal, ditawarkan bersama X-Blade 2020.

Selain ciri lampu LED, streetbike ini didatangkan bersama instrumen meter digital penuh yang mirip dengan model Honda CBR150R, kini dengan petunjuk kedudukan gear dan indikator bila perlu servis motosikal.

Honda memasang teknologi Sistem Brek Antikunci (ABS) saluran tunggal pada kedua-dua varian ini. Cakera brek depan berukuran 276 milimeter (mm) manakala di belakang ialah cakera 220mm atau dram 130mm.

Must-Watch Video