TEMPATAN
Hyundai Staria, MPV Premium Harga Bermula RM358,888
Hyundai Sime Darby Motors (HSDM) memperkenalkan model MPV baharu menerusi Staria ke pasaran buat pasaran tempatan.
Staria ini bukannya pengganti Hyundai Starex, tetapi tambahan barisan bagi keluarga MPV buat HSDM, selain menjadi pesaingan sengit buat model Toyota Alphard atau Vellfire.
Dari segi harga pun, Hyundai Staria 2022 yang diimport sepenuhnya dari Korea Selatan dijual pada RM358,888. Jika memilih versi dengan jaminan tambahan lima tahun lagi, harganya ialah RM368,888.

Dari segi reka bentuknya, ia tampil dengan rekaan futuristik dan berbeza dengan pesaingnya yang lain. Ini kerana reka bentuknya diinspirasikan daripada kapal angkasa dan boleh dilihat dengan jelas pada bahagian hadapan dan tingkap sisi yang besar.

Ruang kabin Hyundai Staria, perkara yang paling menarik adalah tempat duduk baris kedua ‘Premium Relaxation Seats’ jenis captain seat itu boleh dibaringkan secara elektrik. Ternyata ruang kaki untuk penumpang barisan kedua dan ketiga sangat luas dan selesa.

Dari segi rangkaian kuasanya, Hyundai Staria dijana enjin 2.2 liter diesel turbo CRDi yang sama dengan SUV Santa Fe. Ia mampu menjana 177 PS dan tork 431Nm yang mana ia dipadankan transmisi automatik.

Must-Watch Video