,
Tempatan

Ini 7 Ciri Honda RS-X Baharu, Harga Bermula RM8,688

Erywan
01/11/2021
16:08 MYT
Boon Siew Honda memperkenalkan Honda RS-X baharu dengan sentuhan Super Sport bagi memberikan sebuah gabungan yang sempurna dengan gaya sporty, prestasi unggul dan ciri-ciri terkini kepada pengguna Malaysia.
Untuk perincian lanjut, ini ciri-ciri yang ada pada Honda RS-X membabitkan:
1. Gaya Sporty Untuk gaya yang sporty, RS-X diberi penekanan terhadap full cowl appearance yang direka secara aerodinamik, muka hadapan yang agresif dengan dwi-lampu LED dan sleek super slim tail. Sistem lampu LED penuh bukan sahaja menjadikan Honda RS-X sebagai tarikan di atas jalan raya, tetapi ia juga meningkatkan daya penglihatan ketika menunggang dalam keadaan yang berbeza.
2. Enjin 150cc Prestasi yang tinggi adalah hasil daripada enjin DOHC penyejuk cecair 150cc yang digabungkan dengan transmisi kuasa 6-kelajuan, mampu menghasilkan kuasa maksimum 11.8 kW pada 9,000rpm dan tork maksimum 13.6Nm pada 7,000 rpm. Ciri PGM-FI (Programmed Fuel Injection), membolehkan penjimatan bahan api yang ketara serta mengurangkan pencemaran.
3. Bunyi Ekzos Yang Menarik Ekzos bukan sahaja direka bentuk seperti motorsikal besar, tetapi juga memberikan bunyi yang menarik, memberikan Honda RS-X perasaan tersendiri seakan berada di perlumbaan.
4. Ciri ABS 1 Saluran Honda RS-X dilengkapi dengan ciri berteknologi tinggi seperti ABS 1 saluran untuk memberi tunggangan yang selesa dan lebih yakin ketika membrek.
5. Meter Kelajuan Digital Honda RS-X dilengkapi dengan kemudahan lain seperti suis pembuka tempat duduk, sealed chain drive dan Speedometer Digital penuh. Model ini juga mesra alam dengan mematuhi piawaian EURO
6. Tiga Pilihan Warna Honda RS-X baharu boleh didapati dalam pilihan tiga pilihan warna iaitu Trico Edition, Candy Caribbean Blue Sea dan Lemon Ice Yellow.
7. Harga Motosikal moped itu dijual pada RM8,688 yang mana penghantaran kepada semua pengedar sah akan bermula tidak lama lagi.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Viral

Girlfriend Desak Beli iPhone Model Terkini, Lelaki Bergaji Basic RM2,000 Terpaksa Buat Loan

gempak
29/06/2024
06:55 MYT
Seorang lelaki meluahkan perasaan mengenai ‘perangai’ kekasihnya yang berkehendakkan barangan mewah sehingga dia terpaksa memohon pinjaman peribadi.
Viral

Jurujual Tular 'Mulut Puaka' Kutuk Bekas Rakan Sekerja Sudah Minta Maaf - "Tapi Masih Belum Selesai Sebab..."

gempak
27/06/2024
05:55 MYT
Sepotong video yang memaparkan dua wanita didakwa sedang memperlekehkan bekas rakan sekerjanya ketika membuat siaran langsung di TikTok berjaya mendapat perhatian ramai baru-baru ini.
Viral

Dua Pemandu Saling Berhimpit Hingga Kemalangan, Netizen Bincang Salah Siapa

gempak
08/04/2024
06:30 MYT
Sepotong klip video rakaman dashcam memaparkan aksi dua pemandu kereta saling berhimpit sehingga berlaku kemalangan tular baru-baru ini.
Viral

Wanita Minta Sedekah ‘Kantoi’ Pandu Kereta Honda CRV, Mengaku Tak Berduit - “Ini Kereta Kawan Saya…”

gempak
26/03/2024
06:55 MYT
Isu penipuan dalam peminta sedekah bukanlah sesuatu yang asing lagi pada zaman sekarang. Oleh sebab itu, orang ramai kebanyakkannya tidak yakin ataupun kadangkala kurang ikhlas untuk memberi sumbangan kerana bimbang ditipu oleh golongan berkenaan. Begitulah sinonimnya perkara itu dengan satu video yang tular baru-baru ini, di mana entri tersebu
Laman Utama

“Jangan Clamping…”- Bimbang Sport Rim Calar, Pemandu Honda Rela Kena Saman Dari Kena Clamp?

gempak
23/06/2022
05:20 MYT
Alamak orang macam ni pun ada?
Unitar