Tempatan

Kawasaki Motors Japan Lancar Kawasaki ZX-10R/RR

gempak
Erywan
25/03/2021
01:10 MYT
Sponsor Banner
Kawasaki Motors Japan Lancar Kawasaki ZX-10R/RR
Kawasaki Motors Japan Co Ltd memperkenalkan Ninja ZX-10R KRT EDITION dan Ninja ZX-10R yang bakal dipasarkan bermula 28 Mei ini, manakala Ninja ZX-10RR pula akan dipasarkan 25 Jun depan.
Pengenalan sportbike Ninja ZX-10R (2021) bakal meningkatkan lagi pengalaman tunggangan jalanan dan potensi perlumbaan. Versi kemas kini itu menyerlahkan penggayaan generasi akan datang Ninja yang menggabungkan bentuk fairing dengan aerodinamik dipertingkatkan. Di samping lampu depan kecil dilengkapkan dengan sayap tepi bagi menghasilkan aerodinamik dan downforce lebih baik.
Antara kemas kini yang dilakukan oleh pihak Kawasaki membabitkan:
  • Penggayaan garis badan ringkas yang meningkatkan prestasi aerodinamik sehingga 7 peratus.
  • Fairing yang digabungkan dengan winglet meningkatkan downforce hingga 17 peratus.
  • Pengadang angin yang direka semula dengan tambah baik prestasi tahan angin.
  • Lampu depan LED lebih ringan dan kompak baharu.
  • Penyejukkan minyak/udara berdasarkan penglibatan mesin dalam Superbike World Championship.
  • Kemas kini casis geometri dengan peningkatan prestasi selekoh.
  • Rekaan baharu pelana untuk tunggangan agresif litar.
  • Pemasangan Kawalan Kruise bersama mod tunggangan yang membolehkan pemilik menetapkan Kawalan Traksi dan penghantaran kuasa mengikut keadaan.
  • Panel instrumen TFT kini dengan fungsi sambungan telefon pintar.
  • Tanda 'Rivermark' pada bahagian depan sebagai penghormatan kejayaan dalam Superbike World Championship dan bukti gabungan teknologi Kawasaki Heavy Industries Group.
Kawasaki Ninja ZX-10R KRT Edition dan Ninja ZX-10R didatangkan dengan pilihan warna Lime Green x Ebony pada harga Yen 2,299,000 (RM87,489). Kedua-dua model dijana oleh enjin 998cc yang menghasilkan kuasa 203PS pada12,300rpm dan tork 115Nm pada 11, 400rpm.
Sementara itu, kehadiran Ninja ZX-10RR baharu tentunya bagi meneruskan lagi kejayaan Kawasaki dalam perlumbaan sportbike dunia. Bagi model 2021 sportbike RR berkenaan didatangkan dengan beberapa penambahbaikan iaitu:
  • Piston Pankl lebih ringan dan rod sambungan titanium yang meningkatkan nisbah kelajuan tinggi.
  • Rekaan semula aci engkol untuk pecutan tinggi lebih baik.
  • Talaan Showa untuk tunggangan seimbang suspensi depan BFF dan supensi belakang BFRC-Lite.
  • Hos brek mesh keluli untuk prestasi membrek lebih baik di bahagian depan.
  • Rim Marquezini 7-spoke aluminium tempa untuk pengendalian cemerlang di litar dengan gabungan tayar Pirelli Diablo Super Corsa SP.
  • Pelana tunggal untuk tunggangan di litar.
Ninja ZX-10RR didatangkan dengan pilihan warna Lime Green pada harga Yen 3,289,000 (RM125,163). Enjin 998cc Ninja ZX-10RR menghasilkan kuasa 204PS pada 14,000rpm dan tork 112Nm pada 11,700rpm.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live