Bugatti mempamerkan enam model ‘rare’ di ibu pejabatnya di Molsheim, Perancis, yang mana harga keseluruhannya mencatatkan Euro 33.15 (RM158.2 juta).

Ia membabitkan Chiron Pur Sport1, Centodieci2, Chiron Super Sport 300+, La Voiture Noire3, Divo4 dan Chiron Sport5. Untuk pengetahuan anda, semua model itu adalah edisi terhad yang dijual mengikut harga:



Bugatti Chiron Pur Sport - Kenderaan hyper sport yang ringan dan lincah

Bugatti baru-baru ini memperkenalkan ahli terbaru keluarga Chiron: Chiron Pur Sport. Sebuah kereta sport hyper untuk lebih ketangkasan dan dinamik. Ia hanya dikeluarkan sebanyak 60 unit yang dijual Euro 3 juta (RM14.32 juta)



Bugatti Centodieci - Siri eksklusif terhad dengan reka bentuk luar biasa

Hanya sepuluh unit Centodieci yang dibina oleh Bugatti. Kereta hyper itu dibina sempena memperingati kepada kereta sport super legenda tahun 1990-an, Bugatti EB 110. Ia menyalurkan 1,600 hp dan berharga Euro 8 juta (RM38.2 juta).

Bugatti Chiron Super Sport 300+ - Kereta pengeluaran siri terpantas di dunia

Dengan Chiron Super Sport 300+, Bugatti menetapkan rekod kelajuan dunia baru pada musim panas 2019. Bugatti menjadi pengeluar pertama untuk memecahkan kelajuan 490.9km/j. Model itu dijual sebanyak 30 unit sahaja dengan harga Euro 3.5 juta (RM16.7 juta).

Bugatti La Voiture Noire - Unparalleled

Ia menerapkan konsep Grand Tourisme Coupé dengan keselesaan limusin mewah dan kuasa kereta hyper yang diilhamkan daripada Bugatti Type 57 SC Atlantic. Ia dijual pada Euro 11 juta (RM52.51 juta) sebelum cukai, dan menjadi kereta baru paling mahal di dunia.



Bugatti Divo – Bina untuk layan selekoh

Ringan dan lincah dan lebih bagus daripada Chiron. Selain itu, ia juga lebih eksklusif dengan hanya 40 kenderaan Divo dibina. Ia menggunakan enjin 8 liter W16 yang menyalurkan 1,500hp dan dijual pada Euro 5 juta (RM23.9 juta).



Bugatti Chiron Sport - Gabungan ciri mewah dan sport

Chiron Sport adalah kereta sport untuk pemanduan harian. Model itu memiliki ciri kemewahan dan keseronokan untuk pemanduan. Kereta hyper itu dijual bermula Euro 2.65 juta (RM12.7 juta).