Tempatan

Kia Carnival Versi Lebih Mewah, Empat Tempat Duduk, Harga RM322,318 Di Korea

gempak
Erywan
14/07/2021
04:34 MYT
Sponsor Banner
Kia Carnival Versi Lebih Mewah, Empat Tempat Duduk, Harga RM322,318 Di Korea
Kenderaan Pelbagai Guna (MPV) ketika ini menjadi pilihan buat mereka yang mempunyai anak ramai dan turut digunakan sebagai pengangkutan harian bagi golongan atasan.
Seperti Lexus LM350 yang mana ia sebuah MPV untuk kepada golongan atasan dengan menawarkan ciri kemewahan dan keselesaan optimum.
Namun, pengeluar daripada Korea Selatan, Kia turut tidak mahu ketinggalan dalam menawarkan segmen berkenaan dengan ciri kemewahan selepas memperkenalkan Carnival baharu yang mempunyai hanya empat tempat duduk.
Ini adalah pilihan baharu bagi varian Hi Limousine, yang mana versi itu memiliki bumbung tinggi, dengan kehadiran dua tempat duduk pada bahagian belakang serta ruang tengah lebih luas.
Untuk lebih mewah, kerusi barisan kedua seolah-olah seperti ‘captain seat’ yang mempunyai perehat kaki, tempat pemegang cawan dengan ciri pemanas/penyejukdan slot pengecasan peranti tanpa wayar.
Ia turut mempunyai ruang penyimpanan botol, ruang storan tambahan, sistem pencahayaan ambien LED, serta tambahan skrin kawalan pada tempat duduk belakang.
Cuma yang berbeza, ia tidak mempunyai skrin besar seperti Lexus LM350 yang berada di tengah-tengah antara tempat duduk pemandu dan belakang.
Prestasinya pula, ia menggunakan enjin petrol 3.5 liter yang menghasilkan 290hp dengan tork setinggi 355Nm, manakala 199hp dan 441Nm untuk rangkaian kuasa diesel 2.2 liter.
Harganya pula, ia boleh dikatakan murah tiga kali ganda berbanding Lexus LM350 iaitu Won 88.26 juta (RM322,318).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live