Antarabangsa

Koleksi 21 Kenderaan Paul Walker Dijual Pada Harga RM9.35 juta

Erywan
22/01/2020
09:05 MYT
Siapa yang tidak kenal dengan Paul Walker, satu daripada pelakon utama dalam filem Fast and the Furious yang dikenali sebagai Brian O’Connor.
Kini kenderaan miliknya sudah pun dijual secara bidaan pada acara Barrett-Jakson pada 11 Januari lalu. Apa yang menariknya, harga lelongan bagi semua model itu mencecah USD2.3 juta (RM9.35 juta). Jentera paling mahal yang dilelong adalah 5 model BMW M3 E36 Lightweights dengan mencecah USD1.2 juta (RM4.88 juta). Selain BMW, turut dilelong Nissan 370Z yang digunakan dalam filem Fast Five berharga USD105,600, Nissan Skyline R32 (USD100,100), dua BMW M3 Coupe E30 (USD385,000) Ford Mustang keluaran 2013 (USD95,700). Sudah pasti, jentera yang dijual itu akan menjadi pilihan bagi peminatnya untuk dijadikan satu koleksi peribadi berharga. Boleh dikatakan semua model itu sudah pun menjalani proses modifikasi dengan menggunakan komponen berprestasi. Ini adalah koleksi kenderaan Paul Walker membabitkan:
  • Chevrolet Nova Wagon 1963
  • Chevrolet Chevelle Wagon 1964
  • Chevrolet II Nova 1967
  • BMW M3 E30 1988
  • Nissan R32 Skyline Race Car 1989
  • BMW M3 E30 Coupe 1991
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight 1995
  • BMW M3 E36 Lightweight – Factory LTW wing and race-livery delete 1995
  • Ford Bronco SUV 1995
  • Audi S4 2000
  • Ford F250 Pickup 2003
  • GMC Sierra 1500 Pickup 2004
  • Harley-Davidson RS Motorcycle 2005
  • Toyota Tundra Pickup 2006
  • Suzuki Motorcycle 2008
  • Nissan 370Z 2009
  • BMW Motorcycle 2011
  • Ford Mustang Boss 302S Race Car 2013
Topic Berkaitan
Must-Watch Video