,
Tempatan

Lebih RM500,000 Harga Untuk Mitsubishi Lancer Evolution VI Tommi Makinen Edition

Erywan
10/05/2021
02:28 MYT
Acara lelongan kenderaan warisan Mitsubishi UK yang menutup tirainya pada 30 April lalu menyaksikan sebanyak 51 unit kenderaan dari pelbagai era menemui pemilik baharu masing-masing.
Bagaimanapun, satu-satunya jentera yang menjadi buruan ramai pembida adalah Lancer Evolution VI Tommi Makinen Edition (TME). Menurut Mitsubishi, kereta itu dibida pada harga £100,100 (RM572,874), menjadikannya kereta paling mahal terjual pada acara tersebut.
Bukan itu sahaja, bidaan itu juga menjadikan Lancer Evo VI TME sebagai model Lancer Evolution paling mahal pernah dilelong, mengalahkan pemegang rekod terdahulu iaitu Evo IX yang dijual pada harga £99,000 (RM566,578) pada 2017.
Apakah yang istimewa mengenai kereta merah ini yang menjadikan ia begitu mahal? Dilancarkan pada Disember 1999, Lancer Evo IV TME dihasilkan bagi menyambut gelaran Kejohanan Rali Dunia (WRC) yang dirangkul oleh Tommi Makinen buat kali keempat berturut-turut.
Ia dikuasakan oleh enjin 2.0-liter empat silinder MIVEC yang menghasilkan 280PS pada 6,500 rpm dan 373Nm pada 2,750 rpm dengan bantuan pengecas turbo titanium. Enjin terbabit digandingkan dengan transmisi manual lima kelajuan yang menggerakkan keempat-empat roda.
Ciri-ciri eksklusif lain termasuklah skema warna dan rim aloi 17 inci yang diinspirasikan oleh jentera rali Group-A Mitsubishi, tempat duduk Recaro, stereng Momo, nisbah stereng yang lebih cepat dan suspensi talaan khas.
Jentera-jentera Evo lain yang turut terjual pada acara lelongan berkenaan adalah sebuah Lancer Evo IX MR FQ-360 talaan HKS dengan harga bidaan £68,000 (RM389,270). Sebuah Lancer Evo X FQ-440 MR dengan nombor siri 40/40 berharga £58,100 (RM32,597), serta sebuah jentera rali Lancer Evo IX Group N yang berharga £61,700 (RM353,205).
Model-model ternama lain turut dilelong pada acara yang sama termasuklah sebuah Starion dan 3000GT, masing-masing dibeli pada harga £21,100 (RM120,788) dan £24,500 (RM140,251).
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Laman Utama

Kacak, Bergaya, Kuat & Tahan Lasak? Eh Bukan Zaquan Tapi Mitsubishi Triton Athlete Okay! Ini 6 Sebab Mengapa Anda Wajib Cuba

gempak
15/11/2021
05:03 MYT
Hebat bukan? Jadi apa tunggu lagi?
drebar

Mitsubishi Motors Malaysia Tawar Perkhidmatan Terbaharu, Beli Kereta Dalam Talian Boleh Hantar Depan Rumah

gempak
12/10/2021
01:49 MYT
Perkhidmatan Penghantaran Ke Rumah kenderaan Mitsubishi untuk memberi kemudahan kepada pelanggannya.
drebar

Mitsubishi Triton Catat Sejarah Dengan Jualan Tertinggi Pada September

gempak
07/10/2021
06:36 MYT
Sejumlah 1,521 unit diserahkan kepada pemiliknya.
drebar

Mitsubishi Motors Buka Pusat 3S Baharu Bukit Raja, Klang, Selangor

gempak
20/09/2021
05:21 MYT
Ini juga ada pusat pameran Mitsubishi Motors kedua untuk MN Wheels yang mana bangunan lokasi pertama terletak di Kuala Selangor.
drebar

9,300 Tempahan Mitsubishi XPANDER Dalam Tempoh Kurang 5 Bulan

gempak
06/04/2021
08:22 MYT
MMM mencatat peningkatan 135 peratus bagi jualan suku tahun terakhir 2020 berbanding tempoh sama 2019.
BorakSeeni