Tindakan Leeteuk agar peminat memberi sokongan semula kepada salah seorang bekas anggota Super Junior, Kangin nampaknya tidak berakhir positif.

Hal ini kerana ramai yang mempersoalkan dan berasa tindakan meminta peminat memberi sokongana terhadap Kangin sebagai tidak wajar.

ARTIKEL BERKAITAN: Kyuhyun Super Junior Cedera Diserang Dengan Pisau

Kangin sebelum ini menimbulkan kontroversi selepas terbabit dengan beberapa kes jenayah termasuk dua kali kesalahan memandu sewaktu mabuk dan didakwa kerana mengasari bekas teman wanitanya.

Kembali menyokong

Sejak terbabit dengan kes jenayah, pendapatan Kangin dipercayai merudum lantaran tidak mempunyai pekerjaan.

Leeteuk pula telah meminta agar peminat kembali menyokong Kangin supaya sahabatnya itu memperoleh pendapatan.

“Kangin telah menyedari kesilapannya sepanjang tidak lagi berkarier. Dia telah belajar banyak tentang apa yang dilakukan.

“Tolong beri sokongan semula kepadanya agar dia boleh kembali bekerja dan memperoleh pendapatan,” katanya seperti dilaporkan AllKPop.

Malangnya permintaan tersebut telah dibalas netizen dengan kata-kata sindiran.

“Mungkin anda boleh bantu dengan duit anda sendiri,” tulis seorang netizen.

Seorang yang lain pula menulis: “Dia mungkin tidak perlu lagi menjadi selebriti. Dia boleh cari duit dengan pekerjaan lain.”

“Suruh dia sambung belajar dan mula bekerja,” tulis yang lain.

ARTIKEL BERKAITAN: Kyuhyun Super Junior Nyanyi Bunga-Bunga Cinta, Misha Omar: “Tersengih Kita, Macam Jatuh Cinta”

ARTIKEL BERKAITAN: Ryeowook Umum Kahwini Kekasih Mei 2024: “Saya Mahu Bina Keluarga Bersamanya”