Model C-Class adalah kenderaan yang paling laris dalam keluarga Mercedes-Benz Malaysia selepas ia sudah pun dijual melebihi 20,000 unit sejak diperkenalkan 2014.

Bagi memberi imej yang lebih segar, Mercedes-Benz Malaysia menawarkan Mercedes-Benz C 200 AMG Line dengan tampak sporty dan menarik.


Mercedes-Benz C 200 AMG Line dilengkapi dengan enjin empat silinder baharu berkapasiti 2.0-litre turbocharged yang menyalurkan 204hp dan tork setinggi 300Nm. Justeru itu, ia mampu memecut 0-100km/j dalam 7.1 saat dengan kelajuan maksimum boleh mencecah 250km/j.


Dari segi luarannya, ia didatangkan dengan sentuhan sporty dan eksklusif yang boleh dilihat pada jeriji hadapan, kit bampar bawah AMG dengan saluran udara serta kemasan krom. Belakangnya pula, bampar turut dilengkapi diffuser AMG hitam, selain menggunakan rim aloi 18 inci AMG.


Ruang dalaman turut tidak ketinggalan selepas dipadankan kemasan AMG Line seperti upholsteri kulit Artico, roda stereng tergalvani dan pedal kaki sport AMG.


Pada masa sama, ia dilengkapi dengan ciri Mercedes Me Connet, iaitu generasi baru kesambungan yang membantu pemilik Mercedes-Benz untuk terus berhubung dengan kenderaan mereka.


Ia membuat pemilik Mercedes-Benz lebih mudah dan selesa, sama ada membuka kunci kereta mereka, menghidupkan enjin dari jauh atau hanya memeriksa tahap bahan api.


Mercedes-Benz C200 AMG Line itu dijual pada harga bermula RM251,587. Jika menggunakan Pinjaman Pembiayaan EaseProtect bayaran bulanannya bermula RM2,988.