Tempatan

Model Replika Mini Ferrari SF1000 Berharga RM37,140

gempak
Erywan
08/03/2021
09:30 MYT
Sponsor Banner
Model Replika Mini Ferrari SF1000 Berharga RM37,140
Musim Formula Satu (F1) 2021 akan bermula bulan ini dan bagi peminat pasukan lumba Ferrari, ada berita menarik untuk anda.
Syarikat pembina model kereta kecil berstatus ekskusif, Amalgam Collection kini memperkenalkan Ferrari SF1000 edisi terhad berskala 1:8. Model replika ini dihiasi liveri Perlumbaan Gran Premio Della Toscana 2020 di Litar Mugello yang juga merupakan perlumbaan ke-1000 pasukan Scuderia. Bagi mereka yang baru meminati jenama Ferrari dan kurang mengetahui tentang kisah F1, ada sebab menarik kenapa warna badan replika ini disalut warna merah tua dan bukannya warna unggul merah Rosso Corsa.
Sebenarnya, warna ini dipilih bagi memperingati dan menghargai model 125S iaitu kereta pertama memenangi kejuaraan F1 oleh Ferrari pada tahun 1950. Harganya cuma AS$9,117 (RM37,140) untuk setiap unit dan anda boleh membuat bayaran ansuran empat kali tanpa caj bunga dengan serendah AS$2,279.25 (RM9,286).
Maklumat harga semasa dan perincian mengenai bayaran boleh dirujuk pada Amalgam Collection. Model mini replika ini agak mahal kerana ini bukan buatan kilang dalam skala besar tetapi buatan tangan dan menggunakan teknologi CAD selain menerima sentuhan daripada pihak Scuderia Ferrari khususnya dalam mengesahkan kemasan cat.
Malah satu pasukan jurutera Ferrari F1 juga terbabit untuk memastikan ada keseragaman enjin kereta sebenar dan replika ini. Hanya 50 unit akan dibina dan ada dua versi iaitu kereta lumba Leclerc dan Vettel. Panjang kereta ini sekitar 58 sentimeter dan dihasilkan menggunakan material berkualiti tinggi serta terbaik.
Pasukan pereka dan pembina menghabiskan masa selama 2,500 jam untuk proses pembangunan model replika ini. Setiap kereta yang dihasilkan menelan masa selama lebih 250 jam.
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024