Tempatan
Pengeluar Telefon Pintar Xiaomi Rancang Bina Kereta Elektrik Dengan Bantuan Great Wall
Pengeluar gajet terbesar China, Xiaomi adalah sebuah syarikat terkini yang melihat kepada peluang membangunkan kenderaan elektrik sendiri. Menurut laporan, Xiaomi kini sedang berbincang dengan pengeluar kenderaan Great Wall bagi menggunakan satu daripada kemudahan jenama itu di China untuk pemasangan kenderaan elektrik mereka.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/xiaomi-hasil-kereta-elektrik-01.jpg)
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Xiomi, Lei Jun dikatakan percaya kepakaran Xiomi dalam pemasangan peralatan membantu meningkatkan pengeluaran dan rekaan kenderaan elektrik.
![](https://d3avoj45mekucs.cloudfront.net/astrogempak/media/drebar/2021/xiaomi-hasil-kereta-elektrik-02.jpg)
Must-Watch Video