Skip to main content

Selebriti

Bukan Kejar Publisiti, Niezam Zaidi Tetap Turun Padang Promosi Orang Perang - “Saya Sangat Kasih & Sayang Naskhah Ini”

Bukan Kejar Publisiti, Niezam Zaidi Tetap Turun Padang Promosi Orang Perang - “Saya Sangat Kasih & Sayang Naskhah Ini”

Sekilas

  • Niezam Zaidi menjelaskan dia turun padang promosi filem Orang Perang kerana kasih dan sokongan terhadap naskhah tersebut, bukan untuk publisiti.
  • Walaupun sambutan filem tidak seperti dijangka, Niezam tetap berusaha membantu mengikut kemampuan sebagai pelakon dan menghargai usaha pihak produksi.
  • Filem Orang Perang mengisahkan keberanian masyarakat Orang Asli kaum Semai mempertahankan tanah air pada era 1950-an dan sudah ditayangkan di pawagam sejak 1 Oktober.
Advertisement

Pelakon, Niezam Zaidi menjelaskan bahawa tindakan dirinya mengambil inisiatif untuk turun padang mempromosikan filem Orang Perang bukan sekadar untuk mencari publisiti, sebaliknya didorong rasa kasih terhadap naskhah tersebut.

Menurut Niezam atau nama sebenarnya, Mohd Niezam Mohd Zaidi, 34, dia ikhlas berkongsi perkara yang baik mengenai filem berkenaan biarpun sambutan diterima tidak seperti yang diharapkan.

Advertisement

“Kerana saya sangat kasih dan sayangnya pada naskhah Orang Perang ini. Saya suka berkongsi perkara yang baik.

“Sambutan tidaklah seperti yang kami jangka atau harapkan, tetapi saya tetap akan buat apa yang saya mampu untuk filem ini.

“Pada hantaran Threads itu, sebenarnya saya sudah letakkan disclaimer bahawa kami datang 10 minit lebih awal dan ketika itu memang belum ada orang lain lagi.

“Selepas itu, barulah ada kira-kira lima orang penonton yang datang, tidak termasuk kami yang berbelas orang. Situasi seperti ini sebenarnya tidak sihat.

“Tanpa pengetahuan saya, ada yang memuat naik video tersebut dan apabila saya tengok semula, rupanya ia sudah menjadi viral.

Advertisement

“Mungkin daripada video itu, lebih ramai orang mula tahu tentang kewujudan filem ini. Alhamdulillah, saya sendiri pun tidak menjangkakan ia akan mendapat perhatian sebegitu,” katanya.

Niezam berkata demikian ketika ditemui Gempak selepas tamat program MeleTOP yang bersiaran secara langsung di Astro Bukit Jalil baru-baru ini.

Dalam masa yang sama, Niezam berkata dirinya tidak mempunyai kuasa untuk menentukan strategi pemasaran filem tersebut, namun akan terus membantu mengikut kapasiti dan kemampuannya sebagai seorang pelakon.

“Saya tidak ada kuasa atau bukan dalam bidang kepakaran saya selain daripada mengikut kapasiti, kreadibiliti dan kemampuan saya sebagai seorang pelakon, saya hanya buat apa yang saya mampu.

“Daripada segi pemasaran, saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Nanod Studio dan 3 Line Media kerana mereka sebenarnya sudah bertungkus-lumus dalam usaha mempromosikan filem ini.

“Mungkin selepas ini kami akan kenal pasti, insya-Allah, apa sahaja kekurangan yang ada untuk diperbaiki pada masa akan datang,” ujarnya.

Selain Niezam, filem Orang Perang turut dibintangi Syazwan Zulkifli, Ammar Alfian, Fadli Masoot, Azhan Rani, Kazar Saisi, Adam Corie, Hairi Safwan dan Fauzi Nawawi. 

Orang Perang mengangkat keberanian masyarakat Orang Asli kaum Semai dalam mempertahankan tanah air ketika Tanah Melayu berdepan ancaman komunis pada era 1950-an. 

Filem arahan Hashim Rejab ini sudah berada di pawagam sejak 1 Oktober.

Terdahulu, tular sebuah video merakamkan Niezam tetap turun padang dan bersemangat mempromosikan filem lakonannya, Orang Perang biarpun suasana pawagam kelihatan lengang.

Dalam video itu juga kelihatan Niezam berterima kasih kepada penonton yang hadir menyaksikan filem itu.

Anda mungkin berminat dengan

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

🔥Local Delivery🚚CEO Men's Formal Pant Office Pants for Men s Stretchable Elastic Casual Long Trousers Business Man Father seluar slack lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Men's Slack Straight Cut Kain Cotton Seluar Slack Lelaki

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Seluar Jeans Lelaki Cargo 6 Pocket Acid Wash Cargo Jeans kain ( Non Stretchable ) straight Cut Seluar Cargo Jeans

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

Men’s Formal Shirt Long Sleeves/ Kemeja Lelaki Formal | Baby Blue | Coffee | Maroon color etc

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

(5 Pcs) Depi Men’s Brief Underwear 100% Cotton | Assorted Colors | Soft & Breathable | 1BB1501

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Renoma - 3 pairs Socks (ROA43)

Must Watch Video

Advertisement