Boustead Petroleum Marketing Sdn Bhd kini kembali lagi menganjurkan peraduan yang menawarkan hadiah lumayan untuk menghargai pelanggannya

Peraduan MUDAH MENANG terbuka untuk semua ahli eCard yang sah di stesen servis BHPetrol yang mengambil bahagian. Peraduan bermula dari 01 Mac 2021 dan akan berakhir pada 30 Mei 2021.

Untuk menyertai peraduan itu, pelanggan hanya perlu membelanjakan RM30 produk petrol atau diesel di mana-mana stesen servis BHPetrol atau membeli mana-mana barang dari kedai BHPetromart yang mengambil bahagian semasa tempoh peraduan.

Setiap pembelian mesti dileret dengan eCard berdaftar yang sah atau diimbas dengan aplikasi dalam talian eCard. Setiap perbelanjaan terkumpul berjumlah RM30 berhak mendapat satu penyertaan.


Seramai 51 pemenang bakal menerima hadiah keseluruhan yang terdiri daripada Hadiah Utama iaitu Wang Tunai RM33,333 serta 100,000 mata ganjaran ePoint untuk 3 pemenang, Hadiah Saguhati iaitu Wang Tunai RM3,333 serta 30,000 mata ganjaran ePoints untuk 3 pemenang dan Hadiah Mingguan iaitu 100,000 mata ganjaran ePoints untuk 3 pemenang setiap minggu.

Bukan itu sahaja, bagi pelanggan yang menggunakan applikasi dalam talian eCard semasa tempoh peraduan, Hadiah Bulanan turut ditawarkan khas untuk mereka. Dua orang pemenang layak untuk menerima satu unit iPhone 12 64GB atau satu unit iPad Gen 8 setiap seorang.

Untuk mendaftar sebagai ahli kesetiaan BHPetrol eCard, pelanggan boleh muat turun applikasi dalam talian eCard melalui Apple Appstore atau Google Playstore.